Wednesday, August 3, 2011

Acar Umbut Kelapa @ Nyor

Assalamualaikum & salam sejahtera


:) Selamat sikerjakan semalam..

Pernah tak korang makan umbut kelapa? Itu merupakan satu nostalgia di zaman kanak-kanak ketika belum kenal KFC atau Mekdi. Kalau orang kelantan memang tau sangat la ni. Kalau belah2 luar lebih kurang jugak dengan umbut kelapa sawit. Tapi kalau ada yang alah, makan umbut ni boleh gatal jugak tau...
Selalunya kalau di kampung, acar ni dihidangkan semasa kenduri kendara, majlis perkahwinan dan memang merupakan juadah yang almost wanted la kata omputeh. Bukan ape...sekadar nak menyediakan acar ni seperiuk tapi kena korbankan sepokok...rasanya baik simpan aje supaya dapat dinikmati buahnya...
Agaknya dah nak menjadi rezeki cheq sue... balik kg minggu lepas ada la 2 pokok kelapa yang telah ditebang sebab kedudukannya agak hampir dengan rumah. So adik cheq sue potong la bahagian umbut ni. Mek memang tak nak jadi cheq sue angkot sekali ke CH. Agaknya dah 2 3 hari, umbut ni pun dah tak berapa fresh..manisnya pun dah kurang. Tapi xpelah daripada tiada baik buat acar dan menjadi rezeki kawan-kawan yang kebanyakannya berasal dari Kelantan.
Acar ni agak berbeza sikit dari kebanyakan acar yang dibuat sebab ia menggunakan santan...dan rempahnya ditumis dulu... Lebih kurang sama dengan cara membuat acar masak (santan diganti dengan air)... *** sape yang agak blur tu buat2 paham ye..

Kalau makan dengan gulai daging ke...aduh sedapnya!!!

Ini le ghupenye umbut yang telah siap dikopek dari batang kelapa...

ACAR UMBUT KELAPA @ NYOR
Sumber : Ibunda

Bahan-bahan :
- sebesen kecil umbut kelapa (hiris nipis memanjang, bersihkan dan tos air)
- 4 biji cili kering (buang biji dan rendam air panas seketika) *
- 5 biji bawang merah *
- sebiji bawang putih *
- sedikit halia *
- 1 senduk cuka makan
- 1 cawan santan (sederhana pekat)
- gula dan garam secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
- tumbuk kasar bahan *
- panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing
- masukkan cuka, dan gula. masak sehingga bau cuka hilang
- masukkan umbut kelapa dan santan
- masak hingga umbut lembut dan santan mendidih (jika tak berkuah boleh tambahkan air)
- rasakan gula dan garam

8 comments:

  1. - pernah dengar je, tapi x pernah makan...

    ReplyDelete
  2. @AI
    ruginya.... nak hantar bagi rasa pun dah habes... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cheq sue...
    sukaaaa.... sukaaaa sesangat ngan sayur nie.. akak sekeluarga mmg pantang nampak sayur nie tau cheq sue... memang sedap...

    ReplyDelete
  4. @Diana @ Melley Mey
    sekarang payah dah nak dapat umbut ni akak...tapi ni kebetulan ada kat umah...try la buat..memang sedap kan..

    ReplyDelete
  5. sedaaaap..atie sukeee:)
    dah lama tak makan

    ReplyDelete
  6. @atie @ ejay
    saya pun dah lama tak makan ni... alhamdulillah ada pulak umbutnya...rezeki kot

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]