Saturday, January 25, 2014

Kek Kurma Moist Tanpa Telur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sakitnya seluruh badan. Balik dari PD semalam sesat punyalah lama. Sampai ke Sungai Buluh, masuk entah jalan mana-mana. Pusing tempat yang sama sebelum lepas ke tol Lebuhraya Utara Selatan. Bahu ni pun mula mencucuk-cucuk balik. Agaknya terlalu lama drive. Nak kena berubat pulak lepas ni. Hari ni sebenarnya ada sekolah ganti tapi saya tak pergi, masih dalam cuti. Rasanya tak larat nak mendaki untuk merentas desa. Maaf la ya kawan-kawan....

Jadi saya nak kongsi satu kek yang di buat minggu lepas. Agak tak menjadi tapi masih boleh dan sedap di makan. Kebetulan memang dah lama cari kek kurma sebab kurma yang bulan puasa aritu masih ada lagi. Bila tengok Kak Ratna buat terus saya godek satu adunan. 

Gambar pun tak ada setting, sebab lupa. Masa ni nak bawa makan rumah kawan, kira halal lah ya duduk dalam polisterin. Kalau tengok kek tu, nampak bahagian yang tak menjadi dan berongga. Agaknya sebab saya blend je semua baru di campur dengan bahan cecair, macam nak buat blended cake. Apapun tak kisah sebab semuanya dah habis.

TQ tuan punya resepi dan Kak Ratna atas perkongsian...


KEK KURMA MOIST TANPA TELUR
Resepi : Aludra (Myresepi)  
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3/4 cawan susu kotak/UHT
3/4 cawan gula halus gunakan 1/2 cawan ++ gula perang
1/2 cawan minyak sayuran/masak
1 cawan tepung gandum
18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat) ayak bersama2 tepong gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional)

Cara-cara

Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran) Masukkan kurma dalam bekas mixing.
Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.

 

2 comments:

  1. Teruja pulak akak nak mencubanya sebab tak guna telur tu ;)

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue..

    nampak menarik juga kek ni..boleh la try buat nanti bila ada masa dan cukup bahan..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]