PAGES

Wednesday, January 22, 2014

Kek Lemon (Sunkist)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya pernah tengok pembuatan kek ni di dalam tv. Resepi ni pun memang saya ingat ambil dari MyR ketika mula-mula saya belajar kumpul resepi. Uniknya kek ni kerana ada lapisan masam manis di atas setelah ditabur dengan campuran gula dan jus lemon.Saya teruja nak mencuba sementelah memang ada stok sunkist. Mungkin jugak kerana penggunaan limau sunkist, bukan lemon menyebabkan kek ini tidaklah terlalu ketara kemasamannya.


Masa membakar, kek ni naik dengan elok, rata je. Bila dah 30 minit, yang bahagian tengah masih lembik. Jadi saya panjangkan masa membakar dan tutup bahagian atasnya dengan aluminium untuk mengelakkan kek hangit. Aiiiii kecewa jugak bila dah masak tu tengok-tengok yang bahagian tengah jadi berlekuk, elok pulak mendapnya ke bawah macam kawah gunung berapi. Jadi masa nak tuang larutan gula di atas, saya guna sudu dan tuang sikit-sikit supaya semuanya tak berkumpul di tengah.

Bila dah makan, mmmmm memang kena dengan selera saya. Kek ni ibarat kek butter aje, teksturnya agak kasar tetapi lembut. Dengan lemon zest yang dimasukkan ke dalam adunan meningkatkan lagi rasanya. InsyaAllah nanti nak cuba buat lagi, tengok dapat ke tak hasil yang lebih baik.

Terima kasih Kak Jun kerana berkongsi resepi ni. Saya copy dibawah untuk rujukan akan datang.


KEK LEMON

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana/loaf tin )
185gm butter-pada suhu bilik
3/4 cawan gula
1 sudu besar parutan kulit limau
3 biji telur-pukul sket
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula (jun wat 1/4 cwn aje)
1/4 cawan jus lemon

Cara-cara
pukul butter, gula n kulit lemon hingga lembut n rata.
masukkan telur sket2 diselang seli ngan 1 sudu besar tepung. kemudian masukkan semua tepung sekali n kacau rata.
masukkan kedalam loyang/tin bergris n bakar selama 50-60min.
campurkan gula n jus lemon (x perlu larutkan gula) n siram atas kek masa masih panas. ia akan membentuk lapisan gula kat atas kek n menjadikan kek tu moist dr jus tu..
 

1 comment:

  1. Csue nmpk sedap kek lemon tu..mesti wangi aroma nya kan..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]