PAGES

Thursday, January 23, 2014

Selendang Mayang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selendang rindu
Yang kau beri pada ku
Tanda berpisah
Dikau dan aku

Selendang Rindu - Rohayu Majid

Eh tiba-tiba je keluar lagu selendang rindu. Bukan apa... bila tulis selendang mayang, terus ingat selendang rindu. T_T

Uniknya nama apam ni, yang diperbuat dari putih telur. Lalu di namakan selendang mayang a.k.a apam putih telur. Seperti namanya selendang, begitulah kejadian apam ini yang sangat gebu dan lembut ibarat selendang yang terbuai ditiup angin petang. ** rasa macam tengah tulis novelog je!

Apam ni saya buat kerana ada lebihan putih telur selepas membuat white chocolate macadamia cake.  Separuh daripadanya dah digunakan semasa membuat ayam goreng Noorsha. Jadi masih ada sebahagian, maka saya godek MyResepi untuk mencari masakan yang menggunakan putih telur. Masa jumpa resepi ni... bila dah baca, tak adalah saya harap apam ni akan menjadi kerana putih telur yang disimpan dalam peti sejuk 'berpeluh' dan kelihatan ada wap air di penutup bekas. Putih telur dengan air, tahu-tahu sajalah kan. Kalau nak buat meringue memang tak jadi. Tapi tak apalah. Saya tawakkal aje kalau tak jadi kerana adunan yang saya buat ni hanya separuh sahaja. Kalau kena buang pun tak la banyak sangat.


Masa mengukus, saya balut acuan dengan aluminium foil. Memang saya tak buka langsung sehinggalah habis waktu. Cuma yang silap haribulannya saya menggunakan acuan bergerigi menyebabkan apam ni agak susah nak dikeluarkan setelah sejuk. Patutnya guna loyang biasa saja. Tapi tak apa, ada comot-comot sikit di bahagian tepi.

Seperti yang saya cerita tadi, saya memang tak berharap dengan apam ni. Yang mengejutkan Alhamdulillah ianya menjadi. Naik dengan gebu dan tidak mendap. Bila nak potong, memang spongy sungguh. Betul macam potong span. Tengok sajalah apam yang sedang posing di bawah, boleh nampak gebu dan lembutnya. Cuma nampaknya warna pink telah mendominasi warna putih...

Saya copy semula resepinya dibawah untuk rujukan akan datang. TQ Kak Fida atas perkongsian...


SELENDANG MAYANG (APAM PUTIH TELUR)
Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )
1 cwn putih telur
1 cwn gula halus (kurangkan sedikit kerana resipi asal kuih terlalu manis)
1 sk ovalette
1 sk garam halus
1 cwn tepung gandum - diayak
1 1/2 cwn pati santan (saya guna santan kotak aje) saya guna susu low fat
sedikit esen coconut pandan/pandan flavour atau apa saje flavour utk menghilangkan bau telur.saya guna esen rose
3 warna pilihan

Cara-cara
Pukul putih telur sebentar dan masukkan gula sedikit2,garam dan ovalette dan pukul terus dgn kelajuan tinggi hingga putih gebu.
Masukkan tepung dan santan berselang-seli hingga habis sambil dipukul hingga sebati dgn kelajuan sederhana. Matikan mixer dan gaul pula dgn senduk atau spatula hingga rata.
Masukkan esen dan digaul lagi. Adunan dibahagi 3 dan warnakan.
Kukus adunan selapis2 didlm loyang yg dialas dan digris. Setiap 1 lapis dikukus 10 min. dan lapis akhir dikukus selama 20 min. atau hingga permukaan kuih kering.
Biarkan kuih sejuk didlm loyang. Potong dan hidangkan. 
Utk pengetahuan bersama, adunan kuih ini tak sesuai dikukus dlm paper cup.Saya dah cuba...apabila dibuka penutup kukusan kuih nampak kembang tapi terus mengecut depan mata...terperanjat sekejap...

6 comments:

  1. sedap nampak...gebu... tak nampak comot pun...

    ReplyDelete
  2. assalam..
    comot sebelum masak je.. lepas dah siap hasilnya sangat lah lawa.. berseri2 lah.. saya suka warna dia.. jadinya kalau yang kukus2 ni adik beradik apam gak kan.. :)

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue..

    wah, nampak sangat cantik dan unik sangat nama apam ni ya..kaler pun menarik..

    ReplyDelete
  4. cantik warnanya pasti sedap.. mood lapar =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Csue menarik kaler apam tu...nampk pun lembut jer...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]