PAGES

Thursday, January 23, 2014

C@AC 16 : Monkey Bread



Syafiza memerhatikan Aloyah menyediakan bahan-bahan untuk membuat roti. Dah beberapa kali juga mesin pembuat roti ataupun nama glamournya breadmaker berkerja. Sejak ada BM tu memang senang sangatlah aktiviti meroti mereka. Masukkan aje semua bahan ke dalam dan pilih je menu yang sesuai. Tak sampai sejam dah ready. Untung jugak ada BM ni, boleh selalu makan roti panas. Kalau dulu dia merungut bila Aloyah nak beli BM ni, sekarang dia pulak yang tumpang suka. Bukan apa, dapatlah dia menumpang makan roti, sesekali pizza atau donat. Itu yang penting.
‘Kau nak buat roti apa ni?’
‘Monkey bread.’
Haih, roti monyet? Roti beruk? Tak senonohnya nama.
‘Apa ke pelik sangat namanya tu?’
‘Entah, dah ditulis begitu.’


Aloyah terjumpa resepi itu ketika berkunjung ke blog Ika (Arah Kurnianmu) yang berada di Bangkok. Dah serata dunia orang cuba roti ni, dia aje yang baru nak buat. Walaupun namanya agak menyeramkan, rupanya tidak la begitu, sama macam roti biasa aje, cuma roti ni dibentukkan bulat-bulat dan ditindankan sesuka hati. Lagi satu roti ni disalutkan dulu dengan campuran butter cair, walnut, gula perang dan telur putih sebelum disusun dalam loyang. Tapi Aloyah guna  serbuk badam saja menggantikan walnut. Dan rasanya sudah tentulah lebih sedap. Tiba-tiba teringat pula pada Badariah yang memang suka makan roti panas-panas. Ketika ini Bada berada di hotel bersama suaminya yang datang berkursus di sini. Sejak dimilik orang ni, dah jarang mereka dapat bersama Bada.
Aloyah menyemak buku catatan kerja. Aduh, esok nak kena ke Habu dengan Encik Paris. Nak kena siapkan item mesyuarat mingguan. Ditambah pula dengan tugasan harian yang perlu disiapkan. Hadehh, penatnya. Ini baru jadi pembantu, satu hari nanti kalau jadi bos entah camana sibuknya. Fuhhhhh....
‘Apasal kau?’
‘Hah?’
‘Mengeluh malam-malam ni, tak baik lah.’
‘Banyak kerja betul sekarang. Tak menang tangan aku dibuatnya.’
‘Biasalah dah dekat hujung tahun ni. Aku kat sekolah pun sama.’
‘Bos pulak sekarang asyik naik angin je, marah manjang.’
‘Fareez tu serius sangat kan? Tak mesra langsung aku tengok.’
‘Aku yang nak mengadapnya hari-hari ni lagi lah...’
MasyaAllah...tak baik betul membicarakan keburukan orang.
Aloyah menggalkan Fiza, dia mengambil monkey bread yang telah masak lalu mengadap laptop. Ada cerita Korea yang baru dicopynya. Love Rain! Itu lebih baik dari menambah dosa.

Aloyah baru siap membuat finger print ketika Encik Paris masuk ke bilik. Dokumen yang diperlukan untuk majlis di Habu telah disiapkan. Dia hanya menunggu dipanggil.
‘Jangan lupa bawa kamera.’
Hah, kamera. Ada dengan Kak Zetty. Aloyah pantas mengambilnya. Encik Paris yang telah keluar ke pintu utama diturutnya. Mereka menaiki kenderaan pejabat yang dibawa oleh Abang Isa. Sebelum ke Habu, Encik Paris minta berhenti di kedai makan Mak Nab. Adiknya Ahmad Faqihi ada datang sempena hari keluarga pejabat. Aloyah tidak mahu turun tetapi dipaksa. Dengan renungan tajam Encik Paris dia menurut. Bukannya dia nak bersarapan pun, dah kenyang makan monkey bread dengan nescafe pagi tadi.
Ahmad Faqihi bersalaman dengan Encik Paris. Mereka berpelukan. Disebelahnya ada perempuan cantik, sedang  tersenyum manis. Aloyah menghulurkan tangan. Mereka juga bersalaman. Ohhhh, inilah bakal adik ipar Encik Paris rupanya, Jameela.
Ini baru kali pertama Aloyah melihat wajah Ahmad Faqihi. Ada iras-iras jugak dua beradik tu. Tapi dah tentulah wajah si adik lebih mesra dan manis. Dengan kaca mata berbingkai hitam dan topi, berbeza sungguh riasnya dengan Encik Paris yang serius 25 jam. Jameela pula dia dah tahu semasa Encik Paris bercuti hari itu. Cuma bila dah nampak berdepan-depan ni barulah dia boleh kenal lebih dekat. Cantik orangnya dengan lesung pipit di kiri dan kanan pipi. Setelah berbual panjang rupa-rupanya Jameela juga seorang blogger. Aloyah mencatatkan laman webnya dan berjanji untuk memfollow gadis itu. Mereke meneruskan perjalanan ke Habu. Aloyah mahupun Abang Isa hanya diam. Malah radio pun tidak terpasang. Dia berpura-pura mencatat sesuatu ke dalam buku.

‘Along, siapa perempuan tadi tu?’
Ahmad Faqihi terus saja bertanya setelah order diambil. Oleh kerana pagi tadi Ahmad Fareez ada urusan, mereka tidak dapat berbual panjang. Dan malam itu Ahmad Fareez berjanji untuk berjumpa semula dan membawa adiknya makan di 88 Cafe -  Snack & Steamboat. Jameela ditinggalkan bersama kawan-kawan perempuannya. It’s men talks.
‘Perempuan mana pulak?’
‘Apa ke namanya tu, Aloyah?’
Ahmad Faqihi tersenyum seperti juga Ahmad Fareez mula-mula mendengar nama itu. Nama yang unik, tak sepadan dengan tuannya yang comel loteh.
‘Laaa, itukan PA along.’
‘Ye ke? Bukan gf?’
‘Hish, gf apanya. Along stay dengan Kak Tina lagi lah.’
‘Bukan mama tak suka ke dengan Kak Tina tu?’
‘Adik macam mana pulak? Suka ke tak?’
Ahmad Fareez sekadar bertanya. Dia mahu tahu apa pandangan Ahmad Faqihi pula.
‘Adik bukan tak suka, tapi tak berapa suka la long. Sosio sangat.’
‘Along hairan sungguh la korang ni. Mama membantah, adik tak suka, abah tak kata apa-apa pun.’
Hanya abah yang setakat ini tak berkata apa. Dia risau jugak kalau abah dah mula. Tidak katanya, jangan kata ya.
‘Along duduk sini, mana along tahu dia kat sana.’
Perbualan terhenti seketika bila pekerja datang membawakan dua set chicken chop.
‘Adik bukan apa, kalau dah itu pilihan along, adik terima saja. Cuma kalau ada peluang along cari yang lebih baik, baik along cari. Adik tak nak mama kecewa nanti.’
Ewah, ewah, dah macam pakar motivasi pulak Ahmad Faqihi ni. Patah perkataan yang dibicarakan sejuk menusuk kalbu. Sejuk sejuk pun panas jugak ditelinga.
Bukan dia mahu menjadi anak derhaka, tapi setakat ini tak ada sebab untuknya meninggalkan Kartina begitu sahaja. Perhubungan mereka yang berusia hampir tiga tahun sangat istimewa kerana Kartina adalah satu-satunya gadis yang berani mendekati. Dia tahu, dengan wajah seriusnya tiada siapa yang mahu pandang. Dia bukan sahaja cerewet dalam bab makanan, bab teman tapi mesra ni pun dia boleh tahan memilih jugak.
‘Jameela ada tunjukkan blog Aloyah tu, pandai betul dia masak kan.’
Sepentas kilat Ahmad Farezz terbayangkan insiden tender nasi ayam tak berapa lama dulu. -_- dia mengukir senyum nipis.
‘Kalau along dapat dia, bertuah tu long, sebut saja nak makan apa, terus dapat.’
‘Banyak la kau punya bertuah tu dik.’
‘Si Jameela tu tak berapa pandai, baru nak belajar-belajar.’
‘Bukannya tak ada kedai makan kat dunia ni. Nak makan ape order ajelah.’
Bagi Ahmad Fareez, pandai atau tidak dia tidak kisah, janji ada duit.
‘Makan kat kedai mana sama bang... Kalau dimasak sendiri ni masak dari hati tau, penuh kasih sayang.’
Dah berkasih sayang pulak mamat ni. Tapi Ahmad Fareez mengetahui, maklum akan hal itu. Dia sendiripun sangat menyukai apa yang Aloyah masak. Dia mengakui itu.

Balik dari berjumpa denga Ahmad Faqihi, Ahmad Fareez melepak dulu dalam kereta sambil cuba menelefon Kartina. Kemain susah lagi sekarang bila nak bersembang. Jangan kata nak bersembang, nak bercakap sepatah dua pun payah. Dia cuba mendail. Sekali, dua kali, tiga kali, semuanya disambungkan ke voicemail.

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]