PAGES

Saturday, January 4, 2014

C@AC 11 : Ikan Bakar Berempah Woku




‘Kereta siapa tu Fiza?’
MAE 1448 kelihatan terparkir di rumah sebelah bersebelahan kereta Mustaza. Amboi, dah macam rumah orang kaya. Sampai empat kereta ada di dalamnya. Nasib baik rumah lot tepi, ada banyak ruang.
‘Mail.’
‘Dia dah beli kereta ya...’
‘Dia menunggu plat MAE tu la. Entah katanya nak sama dengan nama dia.’
‘Kau dengan Mail ni serius ke?’
Syafiza hanya tersenyum. Lebih manis dari biasa. Ada apa-apa la tu.
‘Alhamdulillah. Terkabul jugak doa kami ya.’
Syafiza tersenyum lagi sambil memasukkan bahan-bahan yang dibeli dari pasar malam. Esok keluarga Aloyah akan datang. Emak, ayah dan keluarga abangnya. Dah lama jugak mereka tak datang. Syafiza memang suka sangat kalau ada yang datang ke rumah. Keluarga Aloyah sudah dianggap seperti keluarganya sendiri. Sejak dia berkerja di sini keluarganya memang memang jarang. Ayahnya tak dapat memandu jauh. Abangnya pula berkerja di Singapura.
‘Lama ke keluarga kau kat sini?’
‘Ada la 2 3 hari kot. Abang Syuk dengan Kak Muna dapat cuti, sambil-sambil nak bawa Afif dengan Medina jalan-jalan. Tu yang mak ayah tumpang sekali.’
‘Nanti suruh mak bawak sambal hitam dengan tempoyak eh. Dah lama tak makan gulai masam.’
Syafiza memang hantu tempoyak. Aloyah pula baru pandai makan sikit-sikit. Dia lebih ketagihkan sambal hitam.
‘Kalau aku tak bagitahu pun memang mak akan bawak Fiza oii...kau tengoklah nanti, entah apa yang diangkutnya dari kampung.’

Ahmad Fareez mengeluh panjang. Semalam mamanya menelefon lagi. Hujung bulan ni mereka sekeluarga akan merisik Jameela di Bentong. Nampaknya adik dah jadi nak kahwin jugak tahun ni. Jadi hendak tak hendak dia kena cari masa untuk balik ke Kuantan. Dah tak ada sesiapa yang boleh diharapkan dalam keluarga. Dalam pada sibukkan hal Ahmad Faqihi dan Jameela, sempat juga mama bertanyakan perihalnya dengan Kartina. Walaupun tidak setegang selalu, mama dengan penuh hemat memintanya mencari gadis yang lebih baik. Dia tidak tahu kenapa mama anti sangat dengan Kartina. Memang dia akui Kartina tidak bertudung dan kadang kala mengenakan skirt paras lutut semasa berkerja tetapi mungkin di masa akan datang dia akan berubah. Sekiranya mereka berkahwin dia akan bertanggungjawab membimbing Kartina ke jalan yang diredhai.

Petang nanti Dato’ Pengarah hendak berjumpa pula. Katanya jabatan terpilih untuk menjalani kursus kepimpinan fasa 5 di Terengganu. Jabatan kejuruteraan, penilaian, pembangunan landskap dan perbendaharaan sudahpun melaluinya. Aduissss... kursus yang bakal dijalankan selama seminggu akan mengambil semua kakitangannya kecuali Kak Zetty, Kak Tipah dan Abang Isa. Entah bagaimana di nak menguruskan jabatan bila semua yang penting tak ada.
Aloyah di luar biliknya sedang tertawa. Entah dengan siapa dia berbual. Gadis itu sentiasa ceria. Tak pernah sekalipun dia melihat ada riak mendung di wajahnya. Kalau dia tension panggil saja Aloyah masuk ke bilik. Tengking-tengking sedikit walaupun dia tidak bersalah, Ahmad Fareez cukup suka melihat reaksi wajahnya ketika itu. Tegang dan masam mencuka. Bila Aloyah keluar, dia gelak la sendirian.
‘Happy nampak...’
Tegurnya ketika Aloyah masuk membawakan fail sulit maklumat kakitangan dan cadangan kerja bulan hadapan.
‘Cakap dengan pakwe ke?’
Ahmad Fareez bertanya lagi bila Aloyah hanya diam.
‘Emak telefon.’
‘Ha, nanti siapkan borang kemaskini bulan ni ya. Saya nak segera.’
‘Bukan yang tu tak kena buat lagi ke?’
‘Ini arahan!’
Arahan apa ke bendanya? Belum pun setengah bulan. Mengigau agaknya Encik Paris ni. Nak kemaskini apa pulak. Sah-sah data pun tak ada lagi. Dah datang la angin meroyannya tu.
‘Iya la TUAN. Saya akan siapkan segera.’
Tuan? Marah benar tu nampaknya. *_*
Tanpa menunggu kata Ahmad Fareez seterusnya Aloyah lantas keluar. Tiba-tiba aje nak caras mood happy orang. Menyampah!

Aloyah terpaksa pula balik lambat dek kerana menyiapkan kemaskini yang diminta Encik Paris. Keluarga yang telah sampai diuruskan oleh Syafiza. Kalau tak kerana bos, jangan harap dia nak buat semua ni. Dah kata tak ada data, nak suruh buat jugak. Nah, ambik kau. Hanya dua muka surat saja yang di isi penuh. Nak tengok sangat, tengok la borang-borang kosong ni! Esok dia akan bercuti, nak lari seketika dari taufan Katarina Encik Paris. Sejak kebelakangan ni lain macam sungguh anginnya. Nak menopous dah barangkali. Opsss...

Seusai sampai di rumah, Aloyah menyalami semua yang ada. Kereta Encik Paris kelihatan sudah terparkir di tempat biasa. Kerana dialah Aloyah baru sampai di rumah. Geram betul! Wajah emak dan ayah yang dirindu diciumnya mesra. Afif dan Medina anak saudaranya tidak dilupa. Sampai di Kak Muna terus aje dia tanyakan perihal silicon mould. Abang Syukri pula dah semakin chubby, macam orang mengandung 2 bulan. Bulat je muka. Di dapur Syafiza dah siap membersihkan ayam. Mmmm, nak berbbq la tu. Ayah memang suka makan ayam bbq tiap kali ke sini. Mereka pakat-pakat berbbq dan makan di halaman rumah. Lebih nyaman dengan dingin malam katanya. Emak pula dah siap bawakan ikan talapia. Dia memang tak makan ayam. Jadi Aloyah dah memikirkan menu istimewa buat emak tercinta. Sebenarnya bila emak dan ayah datang, jimat perbelanjaan Aloyah sebulan. Manakan tidak, beras, lauk, sayur semua dibawanya. Aloyah memang suka sangat sebab semua itu sayur-sayur kampung kegemarannya. 



Tepat jam 8, Abang Syuk telah siap menyalakan arang. Tikar sudah siap dibentang. Ayah tiba-tiba ke rumah sebelah. Dia memang mengenali Mustaza, Mail dan Abang Leman. Agaknya nak ajak makan sekali la tu. Nampak ke bekas perapan ayam ni boleh tahan banyak jugak. Aloyah meneruskan kerjanya di dapur. Ikan talapia berempah woku, itulah yang akan disediakan untuk emak. Dia dah beberapa kali mencuba ikan bakar tersebut, terpikat kerana namanya yang unik. Rasanya tak payah cakap, memang two thumbs up! Kalau dengan Fiza seekor sorang memang boleh habis. 

Aloyah menggunakan perahan limau nipis dan garam untuk membersihkan ikan. Ianya adalah salah satu petua untuk menghilangkan bau hanyir. Kalau nak guna tepung gandum pun boleh. Fiza yang sudah menyediakan bahan hiris (daun limau purut + daun pandan + daun kunyit + daun selasih + serai) dan bahan kisar (bawang merah + cili padi + buah keras + kunyit + halia) sudah mula menumis. Kalau dilihatkan bahan-bahannya, rata-rata yang digunakan adalah daun-daun beraroma. Gandingannya memang tambah harum dan unik ikan ni. Resepi ni Aloyah terjumpa sewaktu berblogwalking di blogKak Ummi Zaihadi.
Selain daripada bahan kisar dan bahan yang dihiris halus, turut dimasukkan adalah tomato cincang dan air. Setelah semuanya selesai, ikan dimasukkan sebentar untuk menyebatikannya dengan kuah. Fiza menolong menyediakan aluminium foil, Aloyah meletak ikan, membungkusnya dan mula membakarnya di dalam oven selama 30 minit pada suhu 180’C. Tak lama pun, dalam 45 minit ke sejam aje dah boleh siap.
‘Mak ngah, papa panggil makan.’
Afif datang ke dapur. Agaknya dah siap la tu membakar ayam. Aloyah dan Fiza keluar bergandingan. Eh, jiran sebelah pun ada. Kemain rancaknya berbual dengan ayah dan Abang Syukri.
‘Kakak buat apa lagi kat dapur? Mari makan meh.’
Ayah menggamitnya. Mereka memang selalu makan sekeluarga jika ada peluang. Jika salah seorang tak ada, macam ada kekurangan.
‘Kakak siapkan lauk untuk mak.’
Amboi, macam-macam yang ada. Selain ayam bbq, ada juga nasi dan mihun goreng. Kak Muna memang rajin memasak. Mail dan Mustaza makan tanpa malu-malu. Encik Paris seperti kebiasaannya, hanya memandang dulu apa yang ada. Nasi dicedokkan ke pinggan. Seketul ayam diambil. Bungkusan ikan bakar turut dicubit.
Makan ke dia ikan sungai? Kata memilih, cerewet tapi ikan talapia dia makan. Musykil...musykil... Mustaza turut mempamerkan riak terkejut... biar betul bos ni.

1 comment:

  1. assalam...selamat tahun baru 2014...
    ikan masak woku ni mmg sedap kan...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]