PAGES

Friday, January 17, 2014

Chocolate Bottom Banana Square

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 


Ini dah kali ke berapa saya buat CBBS entahlah. Yang saya ingat saya memang suka rasanya yang kaya dengan rasa pisang serta moist. Kebetulan rakan serumah ada membeli pisang emas dari kampung jadi saya buatlah satu adunan. Selalu saya buat guna pisang kapas, jadi bila guna pisang emas ni macam lagi sedap pulak T_T
 


Masih lagi menggunakan resepi yang sama, cuma sedikit ubahsuai dengan menambahkan coklat chip putih selain menggunakan yang hitam. Masa buat ni macam dah perasa agak banyak pisang, jadi end produk agak kering disebabkan tak padan dengan telur. Pastu agaknya terlebih bakar, jadi bertambahlah kering jadinya. Kalau tengok dalam gambar pun boleh nampak keknya agak kering dan padat. Tapi jangan risau, selagi boleh makan, semuanya dah selamat masuk mulut.

Kalau ada yang nak cuba, saya copy semula resepi dibawah, selain untuk rujukan sendiri. TQ Tammy, Jessie & Tun..


CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES

Recipe : Tammy


Sumber : Tun Telani 



Bahan-bahan :

1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)

1 cwan gula - like jessie, i used 3/4 c 

1 bj telur

1 sk vanilla

3 bj pisang- mashed - mine is quite large, lg gemuk dr pisang montel 

1 1/2 c tepung gandum

1 sk baking powder

1 sk baking soda

1/2 sk garam

1/4 cwn sebuk koko  

1 cwn chocolate chips (putih dan hitam)



Cara2:

 pukul butter dan gula sampai light n fluffy.

masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.

ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.

bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.

ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagi separuh atas adunan coklat td. 

springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.

tunggu sejuk, baru potong petak2.

3 comments:

  1. kiter pon suka anything yg ada pisang!!! wangi je kan..

    ReplyDelete
  2. salam cheqsu…..tengok mcm sedap je. Bila 'enjin panas' sikit nak cuba gak la. hehhh

    ReplyDelete
  3. salam cheqsue...cikla baca about cheqsue tadi...seronok pulak sbb ada persamaan, cikla pun org panggil ila..tapi bila dah ada anak2 sedara jadi cikla...cikla ni bekas guru jadi apa2 yg berkaitan dgn guru cikla suka hehhe...slm pekenalan..cikla follow yer

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]