PAGES

Thursday, January 16, 2014

Baju Murah & Cantik di Iena Collection, FB

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kata orang, cikgu memang ada banyak baju. Setuju tak? Saya sendiri bila tak ada kerja, bilang baju dalam lemari ada la dalam 40 pasang. Yang buat atau yang beli semua ada.

Ni saya nak kongsi satu portal online, tempat femes amos geng-geng sekolah saya shopping. Saya ada jugak beli tapi bila beli ni faham2 sajalah. Labuh baju, labuh kain memang kena oter. Yang fit dengan badan pun ada, tengoklah brand apa. Bergantung..


Iena Collection yang berpangkalan di FB ni memang dah lama. Banyaknya menjual baju kurung moden, ada jugak blous, baju kurung pahang, jubah dan sekarang ni tampil dengan peplum. Saya dah dua tiga kali menahan teguk, berkenan sesangat. Rasa macam nak rembat je satu... ke dua... *_*


Pembeliannya memang cepat habis. Sekejap je gambar diupload, dan-dan habis. Kadang2 bila tengok lepas tu dan sold out atau reserved. Bila dapat maklumat nak upload album baru, memang kena tunggu depan lappy untuk book. Urusannya hanya menggunakan SMS, jika dah direply barulah boleh bank in duit dan proses seterusnya.  Kalau dulu harga sepasang baju adalah RM56, kalau beli banyak bolehlah RM54. Sekarang dah naik sikit jadi RM60 termasuk kos penghantaran.

Kalau ada sape yang nak cuba baju-baju kat sini boleh la tengok link...

3 comments:

  1. Kira murah gak harga baju2 tu ye Cheq Sue..harus terjah :)

    ReplyDelete
  2. Amboi promote iena collection..sold out la nti xdan kt geng2 kg raja la..huhuhu

    ReplyDelete
  3. best la cikgu dapat pakai baju cantik tiap-tiap hari.saya ni pula baju tu la buat keja,baju tu juga pakai hari raya kalau kena bertugas..hee..he.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]