PAGES

Thursday, January 16, 2014

Kek Minyak (Bakar)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Fenomena kek minyak sekarang ni. Rata-rata blogger dah buat... yang bukan blogger pun dah buat. Saya pun dah buat. Anda... bila lagi? Eh eh rupanya anda dah buat ekk? Saya aje yang baru cuba!

Resepi dari Kak Fida. Senang, hanya menggunakan sukatan cawan sahaja. Saya buat separuh adunan dek kerana gian nak mengekek. Makan sekeping dua saja selebihnya bagi pada kawan-kawan. Kalau buat satu adunan gamaknya dapat besar jugak. Saya buat kek ni versi bakar je sebab malas nak kuarkan pengukus. Lagi pula hanya setengah adunan, bakar je senang. *_*

[Saja taruk gambar ni. Walaupun gelap tapi cantik di mata saya]

Sape yang pernah buat kek minyak ni, tak kiralah resepi ni atau resepi lain, tak kiralah secara kukus atau bakar, memang agak terkesima dengan hasil yang diperoleh. Saya sendiri agak terkejut dengan kegebuan dan lembutnya kek ini.

Cuma agaknya tak rasi lagi dengan oven yang dibawa dari kampung, keknya jadi merekah di tengah. Pastu masa nak keluarkan dari loyang pun agak melekat sedikit. Padahal dah lenser acuannya dengan butter. Untuk setengah adunan ni saya gunakan acuan loaf. Nampak jelas kat dalam gambar tang bawahnya wang kelihatan macam gigi rongak...itulah tempat yang melekatnya. Warna marble hijau dan original pun tak ketara sangat.

Saya copy semula resepi di sini kalau-kalau nak cuba next time. TQ Kak Fida!


KEK MINYAK KUKUS
Resepi : Kak Fida MyR

Bahan-bahan ( loyang 8 x8 / 9x9 )
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300g)
1 cawan susu segar (210g)
3/4 cawan susu pekat manis (200g)
1/2 cawan gula halus (60g)
1 cawan minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla

Cara-cara
Ayak tepung ke dalam mangkuk.
Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan alum. foil. Kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
**Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
**Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.
Kek juga boleh dibakar...

 

4 comments:

  1. Csue mmg pemes kek miyk nikam..tapi Uj blum cuba nerai buat lagi..mood membaking kelaut jer...

    ReplyDelete
  2. Nampak mcm mudah cheq sue... akak nak terai lah ;)

    ReplyDelete
  3. Alahai... sana sini ada kek minyak... harus cuba ni... sedap nmpknya

    ReplyDelete
  4. lamanya tak jenguk sini...tq sudi singgah blog kita..hihihi...teringin la nak cuba...ramai yg dah buat nampaknya....

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]