PAGES

Wednesday, January 15, 2014

Ayam Goreng Noorsha

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ayam goreng ke Noorsha? Hah... sape nak jawab nih?

Tak kisah la ayam goreng ke... Noorsha ke... yang pentingnya semua dah habis. Menu basi la katakan. Dah lama terperuk dalam draf baru terhegeh-hegeh nak upload.

Lepas tengok Izah buat, saya pun buat la jugak kebetulan memang ada ayam yang tengah defrost. Tak banyak, dalam 7 ketul kecik-kecik aje. Boleh makan dua kali, sampa bawa bekal ke sekolah lagi.

Tapi, agak punya agak bahan-bahannya tu, sampai termasin kau, gamaknya teragak sampai lebih. Apapun, menu yang sedap dan sesuai dicuba untuk satu kelainan. Saya copy semula resepi di bawah..




AYAM GORENG
Resepi :  Noorsha
Sumber : Izah & Mas

 Bahan : 
*Sukatan bahan hendaklah disesuaikan dgn banyak ayam. Agak2 la..

Ayam
Kunyit hidup - ditumbuk
Halia - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Cili
Putih telur
Tepung jagung - agak2 bahan2 melekat kat ayam 
Sedikit tepung beras - mas tambah
Secukup rasa - mas tambah
Sedikit minyak masak - mas tambah
Sedikit serbuk kari - mas tambah saya ganti dengan rempah tandoori
Sedikit serbuk lada putih aji shio  - mas tambah
Sedikit sos tiram manggi - mas tambah 

Cara :
Gaul sebati ayam dengan semua bahan2.
Perap sejam, klu semalaman lagi best.
Goreng dengan minyak banyak dengan api sederhana hingga ayam masak.
 

5 comments:

  1. cheqsue dah sampai ni..nak tumpang makan sekali..hiihih

    ReplyDelete
  2. Sedapnya cheq sue... Kegemaran Nabil ayam goreng ni .. ;)

    ReplyDelete
  3. Csue klu dpt diratah panas2 sedapnya...

    ReplyDelete
  4. nengok pun dah tau sedap... msti bau harum semerbak ngn rempah2

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa kalaau makan panas2 mmg terangkat ni cheqsu..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]