PAGES

Tuesday, January 14, 2014

Sakitnya Bila Sejuk!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini cuti.
Apa aktiviti? Jalan-jalan? Shopping? Beriadah dengan keluarga?

Saya hanya melepak di rumah.
Basuh kain.
Lipat kain.
Masak dan makan.
Kemas bilik.
Vakum ruang tamu.
Kemas lemari.
Tengok tv.
BW...

Bila dah buat itu ini mula rasa balik sakit sengal di dalam bahu kanan ni.
Tak koser la pulak nak duduk diam aje kan?
Ingat hari Isnin, menulis dengan tangan kiri dalam kelas.
Aiiii sayang bahu saya... sabar ya, cepat-cepatlah sembuh seperti sediakala.
Nak menekan keyboard terasa ngilunya. Nak gerak-gerak tangan pun masih rasa takut-takut.

[Isnin, 14 Jan 7.30 pagi. Kabus memutih. Sejuk]

Sekarang di CH suhu 16'C.
Sejuk!
Saya bersweater tebal berbulu di leher. Haaaaa harus diceritakan!
Di luar ada gerimis. Kadang-kadang hujan.
Saya tak ada selera nak keluar. Dok dalam rumah aje.
Sejuk-sejuk begini bukan hanya tempat sedia sakit makin sakit, yang tak sakit pun boleh sakit!

Sabar ya bahu... nanti saya demahkan dengan air panas.
Rasa lenguhnya sampai ke siku.
Bila sejuk ni aduhhh serba tak kena. Memang sape yang pernah rasa hanya tahu. 
Kalau di layan mau mengalir air mata jugak ni nanti.

Sekarang memang kena pantang sikit.
Sayur-sayur sejuk kena elakkan.
Errr... susah jugak makan tak ada sayur ni.
Labu air... faveret! Itu kena elak!
Minggu lepas, makan nangka. Malamnya menangis sendiri, sakit dan ngilu sangat.
Gerak-gerak pun kena jaga.

Bila Tuhan beri nikmat kesakitan, mungkin hukuman di dunia. Alhamdulillah...

5 comments:

  1. CSue..bykan rhat semoga cpt sembuh...

    ReplyDelete
  2. Moga cpt sembuh cik sue..akk tgn kiri x reti nk mnulis..klu tgn knan sakit.

    ReplyDelete
  3. Betul tu sejuk2 ni boleh sakit badan dibuatnya. Umi pun suka makan nangka tapi tulah masalahnya, makan sikit mula lah.. tapi tak serik2 jugak.

    Kat sini ada je jual nangka dalam tin, musim panas sedap buat es teller hihi

    ReplyDelete
  4. Kak ina dulu masa pegi CH pun tak tahan sebab sejuk sangat..asik dok dalam selimut dua tiga lapis.. nak masuk toilet kena air pun rasa sejuk bebeno...camne la awak kat situ yek..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]