PAGES

Monday, January 27, 2014

Resepi Nasi Lemak Basmathi Tanak & Kukus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selain menggoreng mihun, nasi lemak adalah antara masakan yang selalu buat saya berdebar bila nak memasaknya. Bukan apa... kadang-kadang menjadi elok... kadang-kadang tak masak... kadang-kadang terlembik. Kalau nak masak sikit-sikit untuk makan sendiri tak ngapelah bila tak jadi tu. Kalau masak kat kampung awal-awal mek dah tanya pandai ke tak. Malu wehhh...


Baru-baru ni terasa nak makan nasi lemak. Nak beli macam tak kena dengan selera. Jadi saya buatlah sendiri dengan menggunakan beras basmathi. Tak banyak, dalam 1 cawan saja. Itu pun boleh makan 3 kali. Saya rendamkan terlebih dahulu beras dengan santan and the gang. Pastu baru saya tanak.

Konon-konon nak masak je atas dapur gas, sebab malas nak keluarkan rice cooker. Iyalah, 1 cawan sajakan, macam tak padan pulak dengan periuk yang agak besar. Bila dah masak atas dapur gas ni tahu-tahu sajalah. Walaupun guna api yang paling kecil, eh sekejap saja dah kering santannya sedangkan beras belum masak. Jadi nak tak nak saya ubahkan beras tu ke dalam loyang dan kukus. Nasi baik masaknya elok. Saya risau jugak kot tak menjadi. Rupa-rupanya rezeki hari tu nak makan nasi lemak kukus.

Bila beras basmathi direndamkan terlebih dahulu, ia agak lembut dan sedap, berbanding jika saya masak sebelum ini di mana saya lebihkan air dan tidak di rendam terlebih dahulu. Pasni boleh rendam dulu 30-45 minit. Baru sedap!

Tengok sajalah kejadian nasinya di dalam gambar. Walaupun tak cukup geng, tapi alhamdulillah sedap!


NASI LEMAK BASMATHI TANAK & KUKUS
Resepi : Cheq Sue

1 cawan beras Basmathi - saya guna Basmathi Moghul
2 cawan santan sederhana pekat - saya guna santan kotak + air
1 biji bawang putih - mayang
Sehiris halia - mayang
Sedikit halba
Sedikit garam
** kalau ada daun pandan boleh masuk sekali, saya tak ada

Bersihkan beras
Rendam dengan santan, halia, bawang putih, garam dan halba selama 30-45 minit
Tanak di atas api kecil
Bila agak kering pindahkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak. Anggaran 30 minit
Bila sudah masak boleh peroikan dengan garfu

5 comments:

  1. sedapnya buat nasi lemak beras mahal.. walaupun tak cukup forum tetap nampak menawan kalbu..

    ReplyDelete
  2. Ok lah tu cheq shue untuk makan sendiri... yummy :)








    ReplyDelete
  3. salam cheq sue..

    bestnya makan nasi lemak..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...CSue..nasik lemak satu hehehe...sedapnya klu dpt mkn nasik lmak kukus ni...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nasi lemak dia...lapar

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]