PAGES

Sunday, January 26, 2014

C@AC 18 : Black Forest Cake



Aloyah memandang ke meja kerjanya. Kenapa macam lain aje. Patutlah, siapa pulak yang letak bunga kat sini ni? Tiga kuntum bunga kegemaran Aloyah, carla lily putih tersusun elok di dalam vase kaca kecil di hujung meja. Siapa yang tahu dia gemarkan bunga itu? Dia paling awal sampai pagi itu melihat keliling pejabat. Tiada sesiapa. Hantu mana pula yang buat kerja ni? Ada secret admirer pulak ke dia? Pelik! Hairan bin ajaib. Tak tahu pulak Aloyah selama ini ada yang meminati dia dalam diam. Vase kecil itu di bawa ke pantry. Sekarang bukan zaman enam puluhan. Kalau suka, face to face, tak perlu nak malu atau segan. Terus je cakap, saya suka awak, awak suka saya tak? Eh, macam novel Kak Melur pulak. Kan senang, habis cerita. Ini satu hal pulak dia nak fikir apa ke jadahnya main sorok-sorok begini. Mmmm, elok aje vase tu di pantry, naik seri sikit suasana seram kat situ. 
Aloyah meneruskan tugas harian. Hari ini dia mahu menyemak kertas aduan di dalam kotak, dah ada separuh surat di dalamnya. Banyak pula aduan bulan ni, entah apa pulak yang dilayangkan.
Dokumen di dalam pejabat Encik Paris sudah dikemaskan. Mana in, mana out, mana urgent, semuanya diletakkan ditempat masing-masing. Mana yang perlu ditandatangan diletakkan paling depan. Mmmm kemas juga bilik Encik Paris ni. Walaupun sebagai PA, Aloyah tidak berlama-lama di dalam bilik itu. Encik Paris tak suka. Kak Tipah bertindak sebagai tukang membersih. Dia sekadar bertanggungjawab di bahagian meja kerja dan menyediakan minuman sahaja. Berpuas hati dengan kerjanya, Aloyah kembali ke meja. Kak Zetty yang baru tiba menggamitnya ke pintu sisi pejabat. Ada apa pulak ni?
‘Kenapa kak? Ada kecemasan ke?’
‘Akak nak minta tolong kau ni Loyah.’
‘Apa dia?’
‘Akak nak tempah kek hari jadi suami akak, nak surprisekan  dia kat sekolah.’
Suami Kak Zetty merupakan guru penolong kanan kokurikulum di sekolah menengah bersebelahan sekolah tempat Syafiza berkerja.
‘Haaaa, boleh je.’
‘Tapi akak nak esok, boleh tak?’
‘Esok, boleh. Saya tak ada tempahan minggu ni. Boleh la buat akak punya.’
‘Akak minta maaf la Loyah, sebenarnya akak lupa esok birthday dia. Nanti akak nak minta tolong Fiza bawakkan ke sekolah tu.’
‘Akak ada nak tulis apa-apa tak? I love you sayang ke....
Kak Zetty membisikkan sesuatu. Kemudian mereka berdua tertawa.
‘Tapi Loyah jangan cakap dengan sesiapa tau. Akak seganlah. Ini rahsia kita berdua tau. Ingat...’
‘Iya la kak...nanti Loyah buat.’
Mengingatkan apa yang dibisikkan Kak Zetty tadi membuatkan Aloyah tersenyum lebar. Boleh tahan jugak makcik ni. Dalam hati ada taman rupanya.

‘Hai Loyah... rindunya aku kat kau.’
Mustaza menyergah Aloyah yang sedang menyiapkan minuman untuk Encik Paris. Dia memulakan tugas seperti biasa setelah tamat kursus di Kuala Lumpur.
‘Kat Loyah aje ke kau rindu? Kat akak ni kau tak hengat sikit pun ya?’
Kak Lin yang datang mengambil air panas tertawa mengejek.
‘Akak dah berpunya, saya tak mahu. Aloyah single lagi, boleh jadi girlfriend saya. Kan Loyah....’
Eeeeee tak kuasa la mak!!
‘Merapu aje kau ni. Lama dok KL dah bertukar jadi buaya darat pulak ya.’
^______^ buaya la sungguh. Aloyah tak tahu betapa dia sengsara di sana. Dengan jadual yang penuh macam kat universiti dulu, nak bersuka-suka pun tak boleh.
‘Kau nak masuk jumpa bos eh, tolong bawa ni sekali.’
Mus menunjukkan satu sampul surat kuning.
‘Jom la masuk sekali, aku tak leh pegang ni.’
Mereka berdua menghala ke bilik Encik Paris. Pagi ni, hot chocolate dengan light cheese cake. Aloyah meninggalkan Mus dan Encik Paris berdua.
‘Jangan lupa dengan kotak aduan, saya nak tengok petang nanti.’
Bukan kata petang nanti bos, kejaaaaaaaaaaap je lagi saya hantar. 

Aloyah keluar minum saja dengan Mustaza di kedai Mak Jah. Dia tak mahu keluar sebenarnya tetapi bosan dengan karenah Mustaza yang laparlah, rindulah, nak bersembanglah...entah apa kena dia tak tahu. Maka dalam keterpaksaan dia hanya menurut. Mustaza membebel itu dan ini. Satu haram tak masuk ke telinga Aloyah. Entah apa nak dikejar, bukannya mereka tak berjumpa dah nanti. Tiap-tiap hari pun boleh bersembang. Macam ayam hilang anak dah Mustaza ni. Haishhh... 10 minit lagi menghampiri jam 2, Aloyah meminta diri. Nasib baik Kak Zetty menelefon, boleh dia mencipta alasan.

Aloyah meletakkan aduan yang diterima berdasarkan kepentingan. Mana yang tidak berkaitan dia tolak ke tepi. Aduan terpilih tadi dia cop dan rekodkan segala maklumat. Apa sahaja aduan mengenai perkhidmatan, kakitangan dan khidmat awam perlu ditunjukkan kepada Encik Paris untuk siasatan dan tindakan susulan. Selalunya perkara aduan ini adalah sulit. Aloyah tidak mendedahkannya kepada sesiapa. Cuma kalau aduan yang entah apa-apa, dia share la juga. Macam dalam kotak aduan terbaru ni, ada ke patut nak lapor dah tak ada tempat untuk berniaga. Itu dah di luar kawalan. Bukannya pengadu tak tahu, dah tak ada tanah di CH ni yang tidak diguna. Pantang ada kosong, mesti naik kedai. Setakat ni yang tak diceroboh cuma jalan raya. Sampaikan tempat parking menjadi mangsa. Aloyah kemudian memasukkan aduan tersebut ke dalam sampul surat merah, kemudian meletakkan lilin seal serta menempekkan cop SULIT sebelum membawanya ke bilik Encik Paris.
‘Banyak tak aduan kali ni?’
‘Boleh tahan juga. Ada banyak komplen pasal kakitangan dan perkhidmatan kaunter.’
Salah satunya adalah komplen pasal ketua yang selalu marah-marah...tapi Aloyah tak cakap, biar ketua tengok sendiri.
‘Aduhh, naik pening dah saya dengan awak ni semua. Kalau macam ni kena menjawab lagi la saya dengan Dato’.’
Aloyah melihat ada kerutan di dahinya. Suka sangat dia melihat Encik Paris berkerut begitu. Cute.
‘Ini untuk Encik Fareez.’
Aloyak meletakkan satu kotak kecil berbalut comel. Hari ini adalah hari jadi Encik Paris yang ke 29. Dia sebagai PA sentiasa ingat hari jadi bos, bukan niat nak mengipas tetapi salah satu cara dia membina hubungan baik majikan dan pekerja.
‘Happy birthday bos.’
Ahmad Fareez terdiam. Senyum tidak, masam tidak. Terkejut barangkali. Aloyah hanya dibiarkan keluar. Tiada ucapan terima kasih pun. Sungguh dia terkejut.
Malamnya Aloyah menyiapkan tempahan Kak Zetty dengan senyum meleret di bibir. Kali ni dia menggunakan resepi kek black forest daripada Sharm1969 di MyResepi. Dalam description katanya resepi ni di ambil dari blogMamawandiha. Bila ingatkan perbualannya dengan Kak Zetty di tepi pejabat tadi, memang nak gelak sungguh. Merah padam muka Kak Zetty memintanya menulis ‘TO MY LOVE HUBBY’ di atas kek. Ok apa? Kalau dia terima kek tu, sah kembang tak sudah. Untuk kek black forest, penyediaan dan deconya tak rumit. Kat dalam internet bermacam deco yang boleh dijadikan panduan. Yang pentingnya kek black forest ni kena ada blueberry, atau blueberry filling, coklat urai dan ceri merah. Barulah mempersona. Aloyah mengambil beberapa keping gambar sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
Fiza datang membawa satu raga kain. Malam-malam baru nak cari mesin basuh.
‘Kau dah bagi hadiah Fareez tu? Macam mana reaksi dia?’
‘Sibuk je nak tahu.’
‘Kata bos dengan PA, kan nak rahsia.’
‘Biarlah rahsia, kata Siti Nurhaliza...’
Ada sesetengah perkara tak perlu dihebohkan satu dunia. Lagipun dia tidak mahu mengaibkan jiran sebelah. Fiza memang tahu niatnya memberi hadiah kepada Encik Paris. Yelah, mereka shoping bersama, bermacam soalan ditanya.. dibiarkan Fiza dengan pertanyaan baru di hati...
‘Esok jangan lupa kek Kak Zetty ya, tolong letak dekat kantin sekolah.’
‘Nanti kau tolong minta delivery charge  dengan dia... dah la takleh makan.’
‘Cett...’

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]