PAGES

Sunday, January 26, 2014

Restoran Tasik Raban, Lahat

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

N3 JJCM. Port lunch biasa jika ke TESCO 18. Kalaulah ada yang perasan, saya ni dah boleh kira regular customer, dah boleh bagi diskaun gitu. Restoran ni letaknya betul-betul di sebelah TESCO, iaitu di bahagian belakang. Sentiasa penuh dengan pelanggan tak kira waktu apa.  Selalu kalau peak time tu nak ambil makanan pun susah.

Di sini speciality nya adalah masakan kampung. Ada sangat banyak pilihan sampai tak tahu nak ambil yang mana. Dari ikan bakar, ayam dan juga sayur-sayuran serta ulam-ulaman. Favourite saya adalah ikan keli bakar + ulam + sayur.


Ke Ipoh hujung minggu lepas, sekali lagi saya ke sini. Agaknya dah lepas lunch hour, ada banyak table kosong dan kebanyakan bekas lauk dah kering.


Menu pada hari itu. Ikan kembung bakar (saiz besar), ikan kering, ulam ulaman dan pajeri nenas. Air teh o ais dan sirap. Semuanya RM15. Agak mahal pada saya.


Ruang maknya yang selesa dan luas. Memang sesuai kalau nak makan ramai-ramai. In Sha Allah berbaloi dengan harga. Kalau nak beli ikan pekasam pun ada dijual juga.

Kalau ada ke Stesen 18 tu boleh la cuba singgah sini ya...

2 comments:

  1. lauknya nampak menarik, nak cuba jugak la nanti :)

    ReplyDelete
  2. Cakap pasal restoren tasik raban, saya baru je pegi kat cawangan tepi stadium ipoh tu minggu lepas masa cuti sekolah. Selalu gak gi sana bila balik kg. Memang the best!
    Baru upload pics kat blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com so bila senang2 tu jenguk la yer :)
    Blog saya ni cakap pasal makan jer 100% takde topik lain hehe...kalu sudi follow la yer TQ TQ TQ

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]