PAGES

Friday, February 28, 2014

Dear... Tolonglah Berhati- Hati Di Jalan Raya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Saya baru sampai di kampung. Semasa berhenti sembahyang di sebuah masjid di Banggol Judah, Machang... saya melihat ada orang berkumpul, ingatkan ada pemeriksaan polis tetapi rupa-rupanya kemalangan maut. Kereta Viva vs treler ikan.

Saya tak melihat situasi sebenar hanya mendengar Mok Ja cerita. Saya kalo excident ni memang tak nak tengok... seriau! Daripada apa yang diceritakan nasalah bermula dari lori yang terbabas ke laluan bertentangan. 3 orang meninggal di tempat kejadian manakala seorang parah. Pemandu treler pula tak mengalami kecederaan. Innalillah pada srmua mangsa.

Itulah...resam kehidupan kita sebagai pemandu kereta. Memang sering diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan berhemah. Kalau mengantuk tu janganlah menggagahkan diri. Pastikan rehat yang mencukupi. Sediakan juga gula-gula atau asam untuk dikunyah selain air. Dan yang paling penting pastikan kereta dalam keadaan baik.

Saya memberikan pesanan ini kepada semua termasuklah diri sendiri... semoga kita semua berada dalam lindungan Allah jua adanta...

2 comments:

  1. sya pernah nampak kemalangan maut ni cheq sue..nampak mayat atas jalan yang hampir tiada kepala akibat terpelanting dr motor dan dilanggar lori treler..ngeri sungguh..memang berapa malam x dapat tidur ingatkan kejadian tu..

    ReplyDelete
  2. Adussss.... samalah saya Cheq Sue, kalau bab accident ni belum dengar cerita sampai habis dah meremang bulu roma....
    Tq fmnya, terkejut tengok sampul surat ekspress atas meja... terharu sangat atas ingatan Cheq Sue. Kak Amie telefon 2kali tapi tak dapat jawapan pulak.. tq banyak2 sekli lagi Cheq Sue... mmuahahahh...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]