PAGES

Saturday, March 1, 2014

C@AC 22 : Ikan Siakap Kukus



Aloyah baru siap berbincang dengan Sanju tentang program kemasyarakatan yang akan dibuat hujung bulan depan. Projek yang melibatkan rumah anak yatim di Tapah itu telah diluluskan Encik Paris dan akan dibawa ke mesyuarat majlis.
‘Aloya, ini kali tada apa barang misteri ka?’
‘Masih ada la Sanju, tapi bukan barang makanan. Dia letak teddy bear tau, nanti saya bagi awak ya.’
‘Teddy bear, apa saya mahu bikin. Saya suda besar, ta mahu lah.’
‘Betul tak mahu ni? Bagi la pada anak abang awak tu.’
‘Itu macam kalu bole la kasi sama saya.’
Itu macam kalu...itu macam kalu... Nak tergelak pun ada. Sanju... Sanju...
Dengan pantas teddy bear krim yang memegang dua love merah bertukar tangan. Seumur hidup Aloyah tak pernah ada benda-benda begini. Pantang ayahnya di rumah. Malaikat tak masuk katanya.
‘Hai bertuah sungguh si Sanju ni asyik dapat barang free aje.’
Mustaza menyampuk tanpa memandang. Keruh aje mukanya, belum pekena teh tarik la tu barangkali.
‘Habis, takkan la aku nak bagi pada kau pulak. Memang tak sesuai.’
Mustaza merengus lalu keluar. Apa hal pulak tu? PMS ke?
Aloyah kemudian meneruskan kerja. Dokumen yang diserahkan oleh Kak Lin dan Kak Zetty diteliti sebelum dihantar kepada Encik Paris. Sebut pasal Encik Paris, dia belum masuk lagi ni. Off lagi ke? Oh, lupa. Pagi ni semua KJ ada perjumpaan tergempar dengan Dato’ Pengarah. Dia dah terima sms sebelum ke pejabat tadi.

Ø  Weh, bdk Kiki tu selamba je pg td rembat aku pya tudung

o   WTH?

Ø  Aku tgh mndi, keluar tgk dh x ada kt hanger

o   Kau ltk tmpt lain kot

Ø  Aku br je hanging mlm td, stok smggu

o   Cuba tgk dulu

Ø  Aku tgk ms dia masuuk kete, nmpk tudng tu. Skt hati

o   Kot ye pn mtk la nk pnjm

Ø  Blk kang siap aku basuh dia

Boleh tahan juga budak Kiki ni. Baru je duduk rumah dua hari. Sepanjang 3 tahun menyewa, belum pernah sekalipun dia main ambil gitu je barang orang. Dia tahu memang menjadi kepantangan Syafiza bila ada orang usik atau ambil barang-barangnya tanpa dimaklumkan terlebih dahulu. Kalau mintak tu lain cerita.
‘Ni ada kuih sikit. Awak letak kat pantry lah, pakat-pakat makan. Pagi ni tak payah buatkan saya air, dah minum tadi.’
Encik Paris meletakkan sebungkus plastik ke atas mejanya. Nasib baik dah habis bersms dengan Fiza. Kalau tak sah dia kena jelingan maut. Aloyah memandang, betul ke Encik Paris ni. Selalu kalau masuk pejabat main redah aje. Salam tak ada, apa tak ada, terus saja ke bilik. Kali ni siap dibeli kuih pulak. Wajahnya pun bersih aje pagi ni. Tak ada keluh kesah macam selalu. Eh... tali leher tu! Aloyah menjeling sekali lagi. Betul, betul, itu memang tali leher yang dihadiahkan sempena ulang tahunnya yang ke 29. J Aloyah tersenyum. Nampaknya tali leher GMV tu serasi sungguh dengan tuan barunya. Yessss... Ingatkan Encik Paris tak sudi... Sepanjang hari Aloyah tersenyum.. Dan semyuman itu berlanjutan hingga ke malam setelah dia menerima sms dari Encik Paris yang berterima kasih dengan hadiah yang diberikan.

‘Lain kali kalau kau nak apa-apa, tolong la jangan ambil macam tu aje.’
Fiza terus berkata bila saja Kiki melangkah masuk. Belum sempat duduk lagi pun.
‘Ala akak ni, saya nak cepat tadi, tak sempat nak bagitahu. Lagipun ada banyak lagi kan yang akak boleh pakai.’
‘Itu bukan masalahnya Kiki. Cuba belajar sikit bagaimana nak menghormati privasi orang. Kalau kau orang buat macam tu suka ke?’
‘Saya ok je. Kalau akak nak apa-apa ambik ajelah.’
Amboi, sedapnya mulut. Rasa macam nak tenyeh aje dengan cili padi kat dapur.
‘Mulai hari ni akak haramkan kau masuk bilik akak. Jangan kau berani lagi.’
‘Huh, kekwat!’
Aloyah terdengar suara bising-bising di dalam rumah ketika dia balik  dari kerja. Masak, masak. Syafiza ni kalau dia marah boleh tahan jugak ayat-ayatnya. Kiki pun sama. Tak padan dengan lebih muda, baru je masuk menyewa, sewa pun belum bayar lagi dah buat hal. Dia turut sama menyampah dengan orang macam tu.
‘Kau ni agak-agak la bila marah. Tak takut ke orang sebelah dengar?’
‘Lantak la kalau dia nak dengar pun, biar dia tahu aku macam mana.’
Ayat tak ada insuran ni, tak sayang mulut langsung.  Bekeng sungguh gewe Mail hari ni, makan anak lebah kot tadi.
‘Aku bukan apa, bukan tak bagi dia pinjam. At least cakaplah sepatah. Itu stok aku seminggu, penat aku iron tau. Dah la tudung tu yang paling aku suka. Hish, geram betul bila fikir-fikir.’
‘Dah tak payahlah kau fikir lagi. Jom aku buat jus strawberry, Anney bagi kat pejabat tadi.’
Nah, dua gelas jus strawberry homemade fresh from Aloyah Cafe. Sekejap saja habis separuh disedut oleh Fiza. Tiba-tiba saja ada sms masuk.

Ø  Tlg keluar rmh jap

Kenapa pula Encik Paris ni? Ada dokumen nak serah ke?
Aloyah mengintai di balik daun pintu.
‘Kenapa?’
Soal Fiza. Dia pelik melihat kelakuan Aloyah. Dia turut sama mengintai. Ternampak Fareez sedang memegang plastik.
‘Ada apa Encik Paris?’
‘Awak tolong masakkan ikan ni. Saya terbeli tadi.’
Masak ikan? Terbeli? Apa maksudnya tu? Sengaja atau tidak? Bungkusan plastik bertukar tangan. Seekor ikan siakap kaku di dalamnya.
‘Nak masak apa ni Encik Paris?’
‘Masak la apa-apa, stim ke...saya bukannya tahu. Nak makan malam ni, boleh?’
Aduhhhh... dengan senyuman begitu mana boleh dia kata tidak. Aloyah hanya mengangguk sambil membalas senyum yang jarang-jarang dipamerkan itu. 

Omak, dah la ikan ni belum di siang lagi. Kenapa la Encik Paris tak suruh peniaga tu siang siap-siap? Oh, katanya tadi terbeli kan...boleh dimaafkan! Aloyah berkira-kira untuk memasak ala stim walaupun dia tak ada resepi. Campak-campak ajelah apa yang ada kat dapur.
‘Kak...’
Allahuakbar...terkejut Aloyah dibuatnya. Tengah sunyi-sunyi dia kat dapur, Kiki datang. Nasib baik tak tercampak pisau di tangannya.
‘Orang sebelah yang bawak Wish tu boss akak eh?’
Apasal, kau nak mengorat ke?
‘Kenapa?’
‘Dia dah ada girlfriend ke hah? Kiki suka la dekat dia, hensem.’
Amboi, straight to the point terus. Mentang-mentang la orang tu pakai kereta besar, terus kau suka. Dekat Mustaza yang hanya berkereta Kancil tu tak pulak kau suka. Dia teringat pagi tadi Encik Paris memakai hadiah pemberiannya. Mana boleh senang-senang bagi bos pada orang lain. No no no no!
‘Dia dah nak kahwin tu, jangan kau kacau.’
‘Ye ke... tak ada can lah nampaknya.’
He he he, kalau betullah Encik Paris dah nak kahwin, Aloyah dululah yang tak ada can nya. T_T

Kiki meninggalkan dapur. Kecewa barangkali dengan penjelasan Aloyah? Kini tinggal Aloyah seorang setelah Fiza keluar bersama Mail. Sekarang dah confirm, dah tak perlu teman-teman kalau nak dating. Aloyah meneruskan aktiviti memasaknya. Bos punya pasal... Ikan siakap yang telah siap dia bersihkan dipotong dua dan dikelar. Sedikit garam dilumur ke seluruh ikan sebelum dimasukkan ke dalam bekas aluminium supaya senang di kukus. 1/2 biji bawang besar, 3 biji bawang putih, 5 biji cili padi, 3 biji cili merah segar, 2 batang serai, 2 inci halia, 5 batang daun ketumbar / daun sup dan 5 helai daun limau purut dihiris nipis sebelum ditabur rata ke atas ikan. Manakala 5 sudu besar sos ikan + 1 sudu besar gula + Garam secukupnya + 2 sudu besar sos plum atau jus limau nipis + 1 sk sos tiram dicampur sebati sehingga hancur barulah dituang juga ke atas ikan. Aloyah kemudiannya mengukus ikan tersebut di dalam kukusan yang telah dipanaskan. Sesekali dia mencurahkan kuah ikan ke atas bagi memperisakannya. Setelah ikan masak, Aloyah menutup api. Semerbak baunya bila periuk kukusan di buka.
Sms dihantar kepada Encik Paris. Dah pukul 8.30 malam, tentu dia mahu makan. Dibawanya sekali dengan tingkat kukusan, panas nak keluarkan bekas aluminium. Jangan lupa hantar ni nanti, pesannya.
Semasa di rumah Encik Paris dulu, Puan Makalsum ada memberitahu yang Encik Paris memang tak makan ikan sungai tapi bila Aloyah masak bakar dengan sos tomyan, bersungguh dia makan. Mereka suami isteri terkejut sangat-sangat bila Aloyah berjaya membuat anak sulungnya makan. See the leg lah. Berkat membaca ‘Bismillah’ setiap kali dia mahu memasak. Dan apabila kini dia meminta masakkan ikan siakap tu tadi, Aloyah langsung dah tak hairan. Nampaknya satu kepantangan Encik Paris berjaya dirungkaikan.


Ø  TQ mskkn sy ikn tu, sdp, semua suka, hbs kami kerjakn. This is my 1st time having siakap. Sdp rupanya. Menyesal, dh 29 thn hilang nikmat ni

Lor...alkisahnya.

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]