PAGES

Saturday, February 15, 2014

Gyeran Mari With Gim (Korean Rolled Omelette with Dried Seaweed)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini kali kedua saya membuat Korean Eggroll. Yang pertama dulu kejadiannya tak cantik, kedua-duanya menggunakan nori / seaweed / gim. Ada jugak yang tidak menggunakan nori dan hanya digulung begitu sahaja. Kali ni saya merujuk resepi dari laman web KoreanBapsang dengan norinya berada di sebelah dalam. Tapi masih juga saya campurkan dengan cili dan cendawan butang yang kebetulan ada dalam freezer.


Kali ni saya menggunakan dua biji telur dan dimasak dalam pan yang lebih besar. Hasilnya eggroll yang terhasil lebih elok dan dapat dalam gulungan yang lebih besar. Saya merujuk pada step by step dalam blog berkenaan dan Alhamdulillah ianya menjadi dengan baik. Tengok saja dari gambarnya. Walaupun takleh lawan versi Korea punya tapi cukup sempurna bagi mc' Malay macam saya.

Rasanya pun not bad. Kalau sape yang pernah menikmati makanan Korea, mesti dah tahu kebanyakan makanan mereka kurang rempah dan perasa. Ada yang sedap tu sedap, tapi most of them kebanyakannya lecah leweh kata orang Kelate, jadi pandai-pandai la ejas. Saya ni pun bukan pernah makan masakan Korea tu, hanya tengok di tv... he he he.. jadi tambahkanlah apa yang patut untuk up kan rasanya.

Dilawan pula dengan nasi goreng Cina rempah segera, segalanya sempurna... Nak cuba? Resepinya ada saya copy di bawah...


GYERAN MARI WITH GIM (KOREAN ROLLED OMELETTE WITH DRIED SEAWEED)
Source : KoreanBapsang

Ingredients:
3 eggs
1 sheet gim (dried seaweed - aka nori)
pinch salt
vegetable oil for frying

medium size non-stick pan (9 to 10-inch).
Crack and beat the eggs, in a bowl with a spoon or a fork, until the yolks and whites are blended well with no visible strings of whites. Stir in a pinch of salt. (If using, stir in chopped vegetables.)
Add a teaspoon of vegetable oil to a medium size non-stick pan and distribute the oil evenly using a napkin or paper towel. Preheat over medium low heat, until it feels hot when you place your hand 2 to 3 inches above the bottom of the pan.
Add 2/3 of the eggs to the pan. Swirl it around to cover the pan. (Reduce the heat or raise the pan away from the heat, for a little while, if the egg is cooking too fast.)
When the egg is set but the surface is still wet, add a sheet of gim. Pour the remaining egg over the gim and swirl the pan around to spread the egg mixture evenly.
 When the egg surface is set again, using a spatula, lift one end of the egg (about 1-1/2 inch) and fold it over to the other side. Quickly lift the folded part and fold it again. (The egg should be slightly wet while being folded, or the roll will become loose when sliced.)
Repeat the process until an egg log is created.
Remove from the pan and let cool for about 5 minutes. Slice the egg into thick, even pieces (3/4 to 1-inch thick).
 

3 comments:

  1. sedakkknyo cheqsue….nasi kepal dio pun sedakkk.try la buat. hehe

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue..

    nampak best dan menarik pula menu tu kan..sya korean food x pandai makan..tapi seaweed tu memang suka makan la..hehe..

    p/s: cheq sue, sya sudah email awak address & no.hp sya..^_^

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]