PAGES

Wednesday, April 23, 2014

Bekal Sekolah Bulan Febuari

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masuk bulan Febuari, masih gigih lagi memasak untuk bekal ke sekolah. Heee jangan tak tahu, ini cabaran untuk diri sendiri pada tahun ni. Kita tengoklah nanti boleh kekalkan atau tidak. Masalahnya bila bawa bekal ni adalah kadang2 tak tahu nak masak apa. Bila stok lauk tak ada... bila angin nak masak tak ada... susah jugak tau. Bila kita makan, mestilah nak rasa suam-suam atau panas. Masalahnya bila dah beli thermal bag pun masih tak dapat mengekalkan kepanasan makanan. Itu salah satu sebab yang mematahkan semangat saya untuk memasak...

Thermal bag ZEBRA yang saya beli, dalam RM60 tapi tak panas sangat. Kalau makan dalam pukul 9 suam la sikit-sikit. Tensen!!

Nah...inilah antara apa yang saya bekalkan pada bulan Febuari...

1 - 4 : Cuti Tahun Baru Cina
5 - 7 : Mesyuarat
10 - Mihun goreng + tuna bun
11 - Nasi + gulai ikan kembung daun kadok
12 - Kuetiaw kungfu
13 - Nasi dagang
14 - Nasi + tomyam + telur dadar
15 - Nasi goreng **sekolah ganti
17 - Nasi ayam
18 - Nasi + ikan goreng + sup sayur
19 - Macaroni bolognese
20 - Bubur nasi Korea (Dakjuk)
21 - Nestum milo
24 - Mihun goreng
25 - Pizza sosej
26 - Nasi + ikan talapia bakar tempoyak
27 - Nasi goreng + ayam goreng
28 - Fun fries

3 comments:

  1. Caiyok cheq sue ... semoga kerajinan terus berkekalan ehe :)

    ReplyDelete
  2. saya pun bawa bekal hari-hari,gara-gara tak makan makanan yang di beli,menu juga bertukar macam cheq su,makanan boleh di panaskan sebab ada microvawe kat dalam wad.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]