PAGES

Friday, May 9, 2014

Heavenly Carrot Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Carrot cake dan RVC adalah kek yang saya suka. Bila sebut saja kek, saya agak memilih. Hanya kek tertantu sahaja. Yang pasti kek dengan aising cream cheese menjadi pilihan, seperti juga Encik Paris (Cinta@Aloyah Cafe) yang sangat sukakan kek berkeju. Selain kek bercream cheese, kek yang berkacang juga menjadi pilihan saya. Kena kek yang ada almond ke... macadamia ke... walnut ke... memang payah sikit saya nak tolak. Jadi bertepatanlah dengan heavenly carrot cake yang saya buat ni.

Tahun ni rasanya belum lagi buat ke yang beriya-iya. Entah la, mood membaking dah ke Laut Andaman agaknya. Cuma baru2 ni rasa sangat nak makan kek bercream cheese, jadi dah tentulah saya buat carrot cake sebab semua bahan dah ada. Nenas dalam tin dari tahun lepas lagi beli, nampaknya baru tahun ni saya gunakan. T_T


Resepi ni jugak memang dah selalu saya gunakan bila rasa nak makan carrot cake. Penyediaan yang mudah di samping bahan2 asas yang sentiasa ada di rumah memikat saya. Rasanya tak usah cakap, memang semua dah tahu. Saya kira kebanyakan blogger dah pernah buat kek ni kan.

Kali ni saya sengaja buat dalam loyang yang agak besar, sebab taknak dapat kek yang tinggi. Barulah meriah dengan topping cheese. Bila dah sejuk saya potong kecil2, mouth bite supaya senang. Masa nak bancuh topping tu, aishhhh butter lak takde, jadi saya pepandai sendiri lah oter, gunakan susu cair, eh menjadi pulak!

Bila dah potong kecil2 tu, dapat banyak jugak. Boleh la saya bagi pada member, dan separuh lagi saya bawa balik kampung, yang pada akhirnya hanya saya seorang yang habiskan. Nak buat macam mana, dekat kampung kalau kek pisang cepat la laku...

Apapun, saya copy semula resepinya untuk rujukan akan datang..

[Sila abaikan jari jemari yang sihat lagi gebu itu ya...]

HEAVENLY CARROT CAKE
Resepi : Kak Ida
Sumber : DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.

2 comments:

  1. kek carrot yg plg sedapp bg yana.. last bt bln 9 taun lpas smpena besday yg pertama ank yana tp frosting ltk buttercream.. anak2 ngn husben xmkn cream cheese.. yana je antu cheese..semua cheese telan ^__^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sdppp npak kek lobak merahhh tuuuu...bak 2 ptongg...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]