PAGES

Saturday, May 10, 2014

Pulut Mangga @ Khao Niaw Ma Muang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Agak lama jugak saya tak makan pulut. Lepas insiden bahu sakit dulu, memang saya tahan je, kalau ikut hati memang suka pulut ni... Agak-agak dah tak berapa sakit, saya buatlah baru-baru ni pulut mangga. Kebetulan bawa mangga lemak dari kampung. Pulut mangga ni yang sebenarnya dah lama saya nak cuba cuma bila berkesempatan ni baru boleh rasa. Saya buat sekali makan saja, pulut dalam 1/2 cawan dan mangga sebiji.


Pertama kali rasa, pulut memang sedap. Dengan rasa lemak masin pulut dan kuah, pastu dicicip pulak dengan masam manis mangga, eh sedap tau. Berbeza sikit la dengan pulut durian tetapi masih dalam anak-beranak jugak. Cuma takleh nak makan banyak, rasa jugak muak sesikit walaupun saya hanya guna santan cair. Untuk buat pulut ni saya hanya guna santan kotak ya, Alhamdulillah takde berbau tengik.

Kalau ada yang nak cuba, ada saya copy resepinya di bawah...


PULUT MANGGA (KHAO NIAW MA MUANG )

Bahan-bahan ( 3- 4 org makan )
2 cawan beras pulut (seeloknya pulut susu) rendam 2 jam
1 1/2 cawan santan
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil tepung jagung
2 helai daun pandan (disimpulkan)
3 sudu makan gula pasir
mangga yg masak ranum secukupnya 

Cara-cara
Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian masukkan 1/2 cawan santan yg telah dicampur dengan garam. Letak daun pandan sekali dan kukus pulut sehingga masak.
Untuk kuahnya :
Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan, gula pasir. Bila agak mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.bila agak pekat tutup api.
Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga. Selamat mencuba!


5 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]