PAGES

Thursday, June 12, 2014

Xin chào Việt Nam 10 : Bersampan Di Sungai Pokok Nipah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tadaaaa............
Dah sampai pun.

Cer tengok signboard di bawah. Ada faham?

Kami akhirnya sampai ke tempat lebih kurang macam jeti untuk menaiki sampan di sungai... tak tahu la apa nama sungainya, jadi saya namakan dengan Sungai Nipah.

Masa sampai ni, banyaklah penduduk tempatan yang membawa sampan tengah rehat, sambil makan dan berbuai. Ya, buai! Saya perhatikan di kawasan sini banyak betul buai dari kain macam jala tu. Dekat kedai makan pun ada buai. Siap boleh tidur lagi.


Matahari tegak atas kepala. Memang panas membahang. Nak tengok dalam sungai pun berpinar mata. Saya perhatikan ramai pendayung terdiri dari kaum wanita. Cari rezeki katakan...


Geng Mak Jemah yang pertama rasmi masuk ke sampan. Nam siap bagi arahan, mana nak pegang, nak duduk macam mana. Katanya ada cik boya, tapi tak tahulah. Jangan sesekali pegang birai sampan tu sebab kalau ianya bergesel dengan sampan yang lain, mau patah tulang jari. Pendayung sampan ni perempuan dan lelaki. Oklah kan, steady sikit.


Saya, Mok Ja dan Cikgu Leman masuk ke sampan kedua. Pendayungnya semua perempuan. Nampak gagah je makcik yang mendayung ni. Umur macam muda lagi. Boleh tengoklah di sepanjang sungai ni banyak betul sampan, yang bergerak, yang berhenti semuanya ada.


Saya dok seat depan. Gebedar jugak bila sampan terolang oleng. Nak ambil gambar pun bajet2 je takot tercampak dalam sungai. Bila lihat keliling, saya agak ini kawasan perkampungan. Macam dalam gambar ni, siap ada bekas makanan. Ini kedai makan ke hapa?


Sampan2 yang tengah parking.


Gambar hidung kembang. Dengan lense 200mm cuba korang fikir cane nak selfie. Berat tau. 

Sungai Nipah - checked!


Eh eh... check line ke A'an. Sempat ambik gambo dia tengah senyum.


Kalau korang boleh nampak, di sebalik pokok nipah tu ada rumah. Itulah kata pendayung di depan. House... hause... saya ingatkan dia membebel apa. Pastu dia tunjuk 3 jari. Baby...baby.

Oooo, rumah dia tu ada anak 3 agaknya. Penduduk sini agak payah sikitlah nak speaking kan...


Dah nampak signboard ni maksudnya tu dah dekat hujung sungai lah. Pendayung tu akan kayuh sampai ke bot yang tengah menunggu.


Cak!!! Inilah rope pendayung saya. Sebelum sampai ke sini, beberapa kali juga dia tunjuk dekat lengannya, lenguh barangkali. Walaupun diorang ni dah dapat upah, tapi kami bagi le jugak tips. Kesian weh, kalau nak harap kayuh sendiri memang idok le. Kat Vietnam ni kalau nak tahu memang tips country. Tambah2 di kawasan miskin, memang diorang mintak. Time kasih ye cik kak...

Dalam beberapa ketika naik bot, barulah sampai yang dinaiki Cheq Da anak beranak sampai. Korang tahu tak? Yang mengayuh sampannya tu umur 72 tahun? Whoaaaa.... kalau kat kampung saya umur camtu hanya dok makan sirih je kat rumah. Ni boleh lagi mengayuh sampan. Berkat makan madu buah longan agaknya. 

* Mode senyum sebab beli madu tu. He he he

Apapun, pengalaman di Sungai Mekong dan naik sampan di Sungai Nipah ni memang sesuatu yang tak akan saya lupakan....

3 comments:

  1. ari tu tak dan nk merasa naik samapan kt sini..syokkk nya...

    ReplyDelete
  2. Dlm ke tak tu? Tak perlu pakai life jaket ka?

    ReplyDelete
  3. Klau ke mekong mesti naik sampan ni kan lain sikit experience nya wlupun hanya hutan nipah dan laluan yg sempit yg pasti best

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]