PAGES

Friday, June 13, 2014

Xin chào Việt Nam 11 : Du Lich Souvenir Shop - Coffee

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kami ke tempat ni sebanyak dua kali. Mula-mula sebelum naik bot di Sungai Mekong dan kali kedua selepas selesai jenjalan di Sungai Mekong. Kata Nam, ini kedai abang dia, tak tahulah abang yang nombor berapa. Pertama kali datang tu katanya survey dulu harga, lepas tu bandingkan dengan harga di market sepanjang sungai nanti. Masa sampai tu Subhanallah punya la ramai manusia kat sini, orang Malaysia sesaje. Memang tak ubah seperti di Jalan TAR, KL.

Laluan masuk ke kedai di bahagian hujung. Di bahagian depan ada kedai makan / kedai kopi.


Antara minuman yang dijual di sini.


Kami dapat kopi free satu seorang. Kopi susu tu SERIUS sedap! Saya terfikir2 kenapa dalam trip pertama dulu tak ada minum kopi camni? Susah nak cerita tau, memang sedap rasanya. Harum dan lemak kopi tu lain sikit dari kopi kita. Apa lagi, dalam panas tengahari tu belasah ajelah!


Bahagian paling hujung. Di sini ada toilet. Saya memerhati je. Baju tshirt (Polo) agak murah di sini. Kualiti kainnya pun ok. Rasanya 3 helai RM30. Jangan risau, duit VD dan RM diterima di sini.


Saya berkenan jugak dengan beg tangan daripada rotan tu. Kalau ada tali sling boleh gak rembat satu. Ini hanya pemegang bulat tu aje, kang jadi mak datin pulak kena sangkut dekat lengan. Ha ha ha...


Lagi koleksi beg tangan.

 

Fridge magnet pun ada.

Di sini harga tak la terlalu murah, cuma agak boleh tahan la. Lagi pulak kedainya hanya satu, kawasan pun kecik jadi kita takyah pening2 nak gi sana sini. Cuma nak kena guna la kemahiran pujuk memujuk, tawar menawar supaya dapat harga yang minimun. 

Saya hanya beli beg bercorak songket dengan harga VD50k. Kalau tanya dalam RM dalam 10 ringgit. Bila tanya dalam VD jadi lebih murah pulak. Nak kena pandai la...kalau ada masa boleh bandingkan dengan harga dalam VD, RM dan USD.

Saya? Belasah aje!

5 comments:

  1. Saya sangat suka tengok gambar travel..nak2 y tunjuk gambar warga setempat..

    ReplyDelete
  2. Kawan2 yang dah gi Vietnam sume duk puji coffee sedap lemak berkrim. Memang nak kena gi gaklah, kata coffee lover.

    ReplyDelete
  3. Coffee vietnam mmg sedap Bie! Mmg sedap sgt bila sedut masuk tgh wahhh mmg susah nk describe sanggup beli serbuk kopi tu wak blk msia bila bancuh x sama rasanya ntah susu apa dorang letak

    Cheqsue, klau Jm ke sini pun mmg rambang mata klau tshirt polo tu 3 helai rm30 mmg borong sakan lah jawab nya :-)

    ReplyDelete
  4. Sy bagi 10 bintang utk kopi ais dia..memang sedap gilerrr.
    Lau balik buat sndri jadik tak mcm dorang buat tu??

    ReplyDelete
  5. susu dia mcm kotak santan, hihi

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]