PAGES

Sunday, August 10, 2014

Biskut Florentine / Almond Crunch

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Memula sekali saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Enam pada sesiapa yang dah selesaikan berpuasa sunat Syawal. Untuk diri saya jugak kerana ada rezeki berpuasa sunat Syawal sekali lagi pada tahun ni. Alhamdulillah... Dua hari tak update kan...  jamu je korang dengan kari kepala ikan yang dah selamat jadik baja tu. Bukan apa, kat rumah tak nyempat nak online lappy sebab sekarang tengah kedemaman menjahit manik. 

Biasalah kalau datang angin memanik ni memang takleh nak buat benda lain dah. Nanti kendian saya update hal manik tu. Sekarang saya nak settlekan dulu hal biskut raya yang saya dah buat dan cuba untuk lebaran yang lalu. Sebelum tu sukacita saya nak kongsikan yang GA Hari Raya & Birthday masih lagi berjalan sehingga ke tengah malam nanti. Hadiahnya pun saya dah ada. Nanti saya update. Kawan2 yang belum berkesempatan nak join boleh la berbuat demikian. Jom la cepat2 join... jangan lupa klik link ni.
 

Biskut florentine ni adalah yang pertama saya buat tahun ni. Dah lama nak cuba tapi baru tahun ni jadik kenyataan. Cewahhh... Nak beli memang kena fikir dua kali la sebab harganya agak mahal. Bila Cheq Da balik ke KB, dikirimnya semua bahan2 dan boleh buat sendiri. Semua bahan untuk florentine ni sebanyak RM52, dan hasilnya memang tak payah nak cakap dapat berapa banyak, memang puas hati dapat makan. Yang saya biat ni sedikit tebal, maklumlah baru 1st time. Kalau buat nipis boleh dapat banyak lagi. Rupa2nya florentine ni menjadi kesukaan cek saya. Agaknya sebab kekacang yang ada dalam ni tak terlalu besar dan boleh digigit oleh gigi tuanya... he he he...

Bila dah buat biskut ni, barulah tahu yang kekdahnya memang senang sangat. Yang pentingnya tepung florentine tu saja. Bila dah campur semuanya, ratakan atas dulang dan bakar. Itu pun tak lama, 5 6 minit saja bergantung pada oven memasing. Cuma bila dah keluarkan dari oven, memang kena potong terus sebab ia mudah sejuk. Bila dah sejuk payang nak potong untuk dapatkan bentuk yang cantik. Takkan nak patah2kan aje... tak curlast la kan...

Memula tu saya potong gunakan pisau besar, yang kita guna untuk potong ayam tu. Keratan yang pertama tu ok lagi, bila sampai keratan yang kedua tu eh dah keras, memang jadi tak cantik. Sudahnya saya gunakan pemotong pizza. Memang jadi cantik, nak saiz besar atau saiz kecil semuanya boleh di ejas. Nak memotongnya pun sekejap saja. Rupa2nya menggunakan pemotong pizza adalah kekdah yang paling seswai untuk membentuk biskut ni. -_-

Untuk resepi saya rujuk dari blog Juicy Cafe tetapi sukatannya mengikut bahan2 yang di beli.... TQ ya!


BISKUT FLORENTINE / CRUNCHY CARAMEL ALMOND COOKIES
Resepi : Juicy Cafe

Bahan-bahan
150 gm tepung florenta
100 gm kepingan badam*
70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
10 gm bijan hitam
10 gm bijan putih

Cara-cara :
1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak ya.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.
3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.
5. Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.
 

4 comments:

  1. Salam..

    teringin juga saya nak buat biskut ni bila nampak ramai kawan2 yang sudah buat..

    p/s: saya join GA cheq sue..^_^

    ReplyDelete
  2. dah lama saya x buat biskut sendiri.selalu tunjuk jer.tahun depan la cuba resipu yang best ni.hehehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]