PAGES

Wednesday, August 20, 2014

Biskut Tiramisu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Secara peribadi, biskut tiramisu adalah yang paling vass untuk tahun ni. Jangan ingat kek aje boleh buat tiramisu, biskut pun boleh okeh. Saya sangat teruja nak cuba biskut ni kerana ianya menggunakan krim keju. Agak lain daripada adunan biskut biasa dan rasanya sudah tentulah berbeza. Pada saya ianya sangat sedap dengan lemak2 krim keju serta masam jem blueberry. Kalau sekali pandang nampak cam kampung je biskut ni, saya dah habis idea  macam mana nak membentuknya. Last sekali saya bentukkan bulat dan penyekkan sedikit di atasnya sebelum dimasukkan dengan jem. Tak adalah saya paipkan coklat macam kat dalam resepi tu.


Resepi ni macam biasalah, dapat dari blog Citarasawan. Kelebihan resepi2 kat dalam tu takyah la saya citerkan di sini, semuanya dah well known. Kalau sape yang suka riki2 kandungan dalam tu memang boleh dapat bermacam resepi yang menarik. Saya kalau tak cari resepi pun suka sangat cuci mata kat sana.

Sebenarnya buat biskut ni tak susah. Adunannya memang agak lembut (tapi tak lembik) dan sangat mudah masa nak membentuknya. Kengkawan kalau nak tahu boleh la cuba untuk raya haji nanti. Mesti kelasssss...

TQ Kak Wan.


BISKUT TIRAMISU / TIRAMISU COOKIES
Resepi : Citarasawan

Bahan A
180gm mentega
20gm shortening
50gm keju krim - lembutkan pada suhu bilik**
140 gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk nescafe - kisar halus
1 sudu teh esen kopi / coffee emulco

Bahan B
300gm tepung gandum
50gm tepung kentang
20gm coffee mate / susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik
Hiasan :  Coklat masakan putih, hitam dan coklat rice

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim dan sebati.
2.  Masukkan bahan B dan gaul rata hingga menjadi doh.  Ambil 10gm doh dan bulatkan.  Tekan bahagian tengahnya membentuk lubang. 
3.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit.
4.  Sejukkan biskut, pipekan coklat masakan putih di tengahnya dan tabur coklat rice di atasnya.
5.  Drizzle dengan coklat putih / hitam, biar coklat mengeras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
 

5 comments:

  1. baru buat kek tiramisu...boleh la try biskut tiramisu pula lepas ni...hihih

    ReplyDelete
  2. waaa,,sdapnya,,sudi2 singgah n follow my blog,,tq

    ReplyDelete
  3. menarik juga biskut ni kan cheq sue, rasa nak try buat juga nanti..

    ReplyDelete
  4. sgt menarik... kuih yg dr cheese ni mmg feveret

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]