PAGES

Tuesday, August 19, 2014

Tat Gulung Rangup & Harum

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Tat nenas adalah antara biskut raya yang wajib saya buat pada setiap tahun. Tak tahulah, bukannya biskut feveret pun. Dalam kerenyahan dan keluh kesah membuat tat pada akhirnya terjadik jugak satu adunan. Yang sebenarnya bukan susah pun buat tat nenas ni, yang penting ada kemahuan dan usaha. 

Selalu saya buat resepi lain, tapi kali ni saja nak try resepi lain, tengok macam mana rasanya pulak.Dalam seminggu puasa aritu dah mula la skodeng carik resepi baru, terberkenan pulak dengan resepi yang dikongsikan Miss Z, apa lagi, haruslah saya cuba.


Kalau mengikut resepi yang saya selalu dok buat tu, satu adunan memang dapat banyak. Bak kata mudah-mudah, memang sakit la dekat belakang nak habiskan satu adunan. Selalu pun hanya buat separuh sahaja. Itu pun dapat satu bekas penuh.

Untuk resepi kali ni, memang tak berapa banyak, tapi cukuplah untuk dihidangkan masa raya dan masih ada belen lagi selepas itu. Saya makan tak la beriya, gitu2 aje kata orang. Dari segi rasa, agak terasa kastardnya, mungkin saya terlebih bubuh. Pastu adunan ni memang agak rapuh, mungkin disebabkan adanya tepung kastad dan jugak tepung jagung. Apa kata orang, cair dalam mulut gitu.

Nak dijadikan cerita, masa buat ni tak sempat nak gulung habis, maklumlah adun adunan pun dah dekat berbuka, jadi tangguh sampai lepas terawih baru bakar. Apa lagi, makin lenguh la tangan  nak paipkan adunan. Walaupun dah tutup dengan tuala tapi adunan masih agak kering, mungkin sebab masa tu cuaca agak berangin di sini.

Walau apapun, satu resepi yang menarik untuk dicuba. TQ Miss Z atas perkongsian... moga murah rezeki selalu...



TAT NENAS
Resepi : Miss Z

Bahan-Bahan:
1 cawan marjerin planta
1/2 cawan gula halus/castor
1 biji kuning telur gred A
Sedikit perisa Vanilla
1 cawan tepung kastard
2/3 cawan tepung jagung
tepung gandum secukupnya (ayak dulu)
jem nanas
1 biji kuning telur gred A + pewarna kuning telur untuk sapuan akhir

Cara membuatnya:
1. Satukan marjerin+gula+telur dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan sedikit perisa Vanilla
3. Masukkan tepung kastard + tepung jagung. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum secukupnya. Uli sehingga menjadi doh.
5. Gulunglah tart mengikut keselesaan anda.
6. Sapu kuning telur diatasnya.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit/sehingga masak.

4 comments:

  1. assalam cheqsu, masih ada tart nenas ni rindu nak makan lagi dan lagi lah

    ReplyDelete
  2. assalam cheqsu, masih ada tart nenas ni rindu nak makan lagi dan lagi lah

    ReplyDelete
  3. Gembira plak tgk ada yg dah cuba buat. Adunan ni mmg mudah krg so kena cepat2 buat. Kalau nak krgkan kastard pun blh jg jadikan 3/4 cawan.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]