PAGES

Tuesday, September 23, 2014

DIY : Manik Simple Keliling Tudung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

N3 di kala bz... siang rasanya tak mampu nak hadap lappy. Sekarang musim peperiksaan... musim postmortem... banyak komitmen lain yang perlu diutamakan. Banyak perkara juga yang hendak dikongsi tapi tak terluah dek masa yang selalu cemburu lantas segalanya hilang di bawa angin lalu. Ewahhhh bukan main lagi alasan bila tak ada n3 khannnn...

JAdi saya nak kongsikan satu lagi tuto ringkas untuk menaikkan seri tudung. Tersangatlah senang, yang paling perlu ada hanya KERAJINAN selain manik2 yang sesuai. Kalau rajin nak jahit memang menjadilah manik ringkas kat tudung camni.



Asas untuk menjahit manik ringkas ni adalah jahitan jelujur cuma benang yang digunakan tu disusup / disorok dalam benang jahit tepi. Cara nak letak manik tu terpulanglah pada kreativiti memasing, yang saya buat ni hanya apit manik kecik di kiri kanan manik besar. Kalau nak letak manik besar saja pun boleh.  Manik yang saya gunakan ni pula hanyalah lebihan yang saya buat pada halfmoon sebelumnya. Untuk jarak manik tu pun terpulanglah, kalau ada manik banyak boleh letak rapat2 sikit.

Dalam gambar atas ni boleh nampak jarum keluar di bahagian hujung tu setelah disusup dalam benang jahit tepi.


Bila dah siap hasilnya lebih kurang cenggini lah. Manik tu warnanya ikut suka hati sungguh. Baru nampak ceria. Nampak sangat kedudukan manik pun tak sekata. Kengkawan jangan lupa cuba tau...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Assalam sue lama tak singgah sini, dah beralih arah ke menjahit manik pulak. Akk pun minat menjahit manik ni, cuma la ni mcm dah tak berapa raji, tapi masih minat lagi

    ReplyDelete
  2. Simple je kan, tp boley buat tudung nampak cantik. Thanx for sharing ;)

    ReplyDelete
  3. nini pin bunga kat kanan tudung....so nampak cam baru sikit tudung2 lama tu...hihi

    ReplyDelete
  4. omel kak... dana sndiri pun lum sempat nk bt utk diri sndiri beria2... jht asal dan je

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]