PAGES

Thursday, October 23, 2014

Aiskrim Milo (Tanpa Telur)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama jugak tak buat aiskrim sendiri. Bukan apa, seti sejuk kat rumah tu ada masalah sikit kat tempat beku, tu yang tak berapa ada angin nak buat. Selepas tangkap sebijik peti sejuk sendiri, saya cuba la buat aiskrim (nak test la konon)... padahal dah tentu2lah peti tu okeh sebab baru beli. *_*

Kebetulan pulak masa tengah dok BW, ternampak Ciku update pasal aiskrim yang tak guna telur ni, terus excited nak cuba. Tambah2 bahan yang digunakan pun tak la susah nak cari, semuanya ada di rumah.




Memang senang sangat rupanya resepi ni. Hanya blend semua bahan dan sejukkan. Tak perlu ulang kisar macam sesetengah aiskrim untuk mendapatkan tekstur yang licin dan gebu.  Daripada resepi, saya kurangkan susu pekat tapi lebihkan milo. Rasanya agak manis jugak, tapi sesuailah dengan nama aiskrimnya tu. Kalau tak manis jadi air sejuk berperisa milo pulak ya..

Lepas ni boleh la pulak try buat guna perisa lain. Kalau kata yang ada ahli jemaah keluarga ramai tu memang berbaloi la buat... TQ Ciku atas perkongsian resepi ni...




"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. bestnya..rasa nak try juga buat nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tak cuba tau Bbwana... selain mudah ianya sedap...

      Delete
  2. Klu blend xsampai 20 minit..mcmne ye,.baru pas buat...xpasan plak kena blend sampai 20 minit...huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..sis,sy ade save resepi tpi tulisan nmpk blur la..����

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,Saya nak tahu cara buat aiskrim vanila?

    ReplyDelete
  5. Br buat mlm td tukar sikit wat vanila oreo

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]