PAGES

Friday, October 24, 2014

Bistik Tulang Rusuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini menu selepas Hari Raya  Haji. Biasalah kan, bila ada lebih2 daging atau tulang, saya ada la bawak sikit ke CH untuk dibuat lauk. Sebatang tulang rusuk dan seketul daging, selalu saya tak bawa banyak pun sebab daging ni tak la menjadi pilihan sangat, tambah pulak dengan pagar yang semakin longgar, makin sakit lah ia kalau makan daging ni...




Sebatang tulang yang saya bawak tu sebenarnya dok plan nak buat sup, bila dah bersih2 saya rebus dalam rice cooker, Alhamdulillah elok empuknya. Tapi bila BW saya terfikir baik buat resepi lain pulak. Kebetulan masa tu Kak Liza baru je update blog dengan resepi bistik tulang. Mmmmm, memang kena lah. 

Walaupun tulang tu saya dah rebus sesiap, tapi masih lagi boleh buat bistik. Iya lah, kita yang buat dia kan... Lepas saya dah keluarkan dari periuk nasi tu, saya salutkan pulak dengan tepung, barulah digoreng sebentar. Agaknya exited nak buat bistik sampai terlebih bubuh tepung, agak pekat jadinya kuah bistik saya walaupun beberapa kali jugak ditambah dengan air.

Digandingkan dengan bistik tulang ni pulak saya masak nasi tomato (kononnya) tapi terlebih masam, pastu agak kuat pulak bau rempah2 yang digunakan. Agak tak menjadi la senang kata...

Walau apapun, satu resepi mudah yang berbaloi untuk dicuba. Pasni boleh try dengan ayam la pulak. TQ Kak Liza atas perkongsian...


RESEPI BISTIK TULANG N DAGING
Resepi : Kak Liza Intai Dapur

Bhn2:
500 gm daging + tulang - bersihkan
400 gm ubi kentang - bersihkn dan potong 4
4 s/m tpg gandum
4 s/m marjerin
3 s/m minyak masak
1s/t serbuk lada hitam
1 btg kulit kayu manis
Garam dan gula pasir secukupnya

Bhn kuah:
150 - 200 ml air
120ml tomato sos
2 s/m cili kisar
1s/m tomato puri
1 kiub stok daging - optional

Bhn2 kisar:
6 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 biji bwg besar

- keringkan dgg n tulang dan salut dgn tepung, serbuk lada hitam dan garam, perap selama 30 minit.
- panaskan minyak dan marjerin dan grg dgg hingga perang, angkat.
- masukkan kulit kayu manis dan bhn2 kisar dan masak hingga naik bau.
- masukkan kentang dan gaul hingga 1/2 masak, campurkan dgg n tulang yg telah digoreng td bersama bhn2 kuah.
- tambahkan sdkt air dan tutup periuk skjp.
- bila kentang empuk, bubuh garam dan gula pasir . kacau selama 2-3 minit lg.
- sedia diangkat dan dihidang...
 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. Wah.. sedapnya..
    Boleh try ni.
    Nk tgok ada lg x stok daging tulng kt rumh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap bistik ni PB... rugi kalau tak cuba. Kalau takde daging atau tulang boleh ganti dengan ayam... ♥♥

      Delete
  2. Replies
    1. Tulang rusuk kiri masih dalam pencarian.... *_*

      Delete
  3. menarik bistik tu cheq sue..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.... tapi kalau nak tahu kena cuba lah ya!!

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]