PAGES

Sunday, October 26, 2014

Belenggu #2 ~ Sudah...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera




Sudah hampir dua minggu Gary di KTAJ. Sudah banyak awek yang dikenalinya. Hampir saban hari dia menerima surat cinta. Namun bagi Gary, ia tak dipandang serius… sekadar suka-suka. Dia makin akrab dengan Riki. So senanglah nak bikin projek nanti…
Sufi, Diana, Dydy, Jojy, Jennic dan ramai lagi antara awek yang pernah dikenalinya. Walaupun baru beberapa minggu di situ…Gary dah top! Hampir semua student KTAJ mengenalinya. Maklumlah orangnya smart dan berduit. Riki pun turut merasakan hikmahnya berkawan dengan Gary.  



Gary sebenarnya tidaklah sebaik yang disangka. Oleh kerana parasnya yang hensem, maka keburukan batin dah diselindungkan oleh kebaikan zahir. Itulah manusia, selalu salah memilih. Kalau di Singapura dia terkenal dengan gelaran Romeo. Berpuluh-puluh awek dikecewakannya. Kadang-kadang dalam sehari Gary terpaksa date dengan lima orang awek. So… bayangkanlah!!! Namun di JB ni belum ada apa-apa gelaran yang diterimanya. Mungkin nanti dapat pangkat playboy pula. Siapa tahu kan?
“Hey Gary! Tunggu dulu.” Laung Riki dari tingkat dua. Gary di koridor tingkat satu.
“Ada apa Riki? Something wrong?”
Nothing. Lu pegi mana semalam? Puas wa cari satu JB. Mana lu pegi ha…?” Ucap Riki dengan nafas yang termengah-mengah.
“Wa pegi KL. Wa punya kakak kahwin. Appara lu… okeylah Riki. Amacam kalau petang ni kita ronda-ronda JB?”
“Okey, set.”
Gary mengangguk. Tangannya memaut bahu Riki. Mereka mengatur langkah ke kelas. Namun belum sampai sepuluh langkah mereka berjalan, kedengaran satu girl memanggil Gary.
“Hai Gary. I’m Amily. I nak berkenalan dengan you boleh tak?”
“Hmm…sure.” Gary menelan liur memandangkan gadis yang bernama Amily ini. Wow… dia memakai body suit hitam paras paha yang menampakkan dadanya. Gary mempamerkan senyum mautnya. Mereka berjabat tangan.
“Gary kita dah lewat ni.” Bisik Riki.
Gary tersentak. Dia tersenyum lagi.
“Okeylah Amily, I dah lewat ni. Nah! Ini kad I kalau you free, contact I ya. Bye…”
Begitulah everyday…ada saja awek yang nak berkenalan dengan Gary. Lihatlah betapa famousnya dia.
Gary dan Riki meneruskan perjalanan.
Sampai saja di kelas…
“Hai Buhari, Jessica.” Dia menyapa. Jelas menunjukkan keramahan yang bukan dibuat-buat.
Cikgu takde dalam kelas. Hari-hari absent. Student ERAS pun dah boring. Sekarang ni time dah nak blah.
Gary duduk di kerusi memikirkan apa yang hendak dibuat dengan Riki petang nanti. Tiba-tiba saja dia teringatkan Elizabeth, ex-girlfriendnya sewaktu di Singapura. Gary mengeluh. Jiwa romeonya cepat tersentuh. Walaupun keadaan sekarang tidak berapa okey, namun siapa yang tahu walaupun Riki dan familinya. Biarlah perkara itu menjadi rahsia di lipatan hatinya. Semuanya indah sewaktu bersama Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Beth.
Argh…kenapa ni? Kenapa asyik teringatkan dia?
Forget it…
“Gary, jom blah.” Riki menyiku Gary.
“Dah pulang ke?” Gary bertanya bodoh.
Riki cuma mengangguk dan senyum memperli.
 
 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]