PAGES

Monday, October 27, 2014

Sup Tulang Ala Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sup tulang, menu tradisi dari Kelantan. Saya buat ni masa balik cuti Deepavali. Tulang lebihan Aidiladha yang dok lepak dalam frozen, bila ada ramai balik baru boleh buat, baru cepat sikit habisnya. Saya rebus tulang ni guna dapur kayu, hampir sejam jugak baru empuk dan lembut. Baru senang nak makan.

Selalunya jugak kalau buat sup tulang, saya hanya masukkan bunjut sup, bawang dan halia tapi kali ni saja google resepi sebab nak buat sup yang serupa seperti makan di kedai.


Dan kejadiannya?




Memang sedap sengoti super duper mavellous. Saya kata gitu bukan nak memuji diri sendiri, tapi memuji orang yang letak resepi ori sup tulang Kelantan ni. Yang dibuat ni memang sebiji macam kat kedai punya, cuma tak berapa pedas sebab ada budak2 makan. Rupa2nya yang nak menjadikan sup tu sedap adalah penggunaan bawang dan halia yang dikisar terlebih dahulu, kemudian ditumis dengan rempah sup sebelum dimasukkan ke dalam tulang yang telah di rebus. Mmmmmm kenapa sebelum ni saya tak terfikir. Konon nak buat ala2 senang, main tumbuk je bahan2... patutlah tak berapa kick!

Dengan ditabur daun sup dan daun bawang, pastu diperah sedikit air limau nipis, kalau nak pedas boleh bubuh lada kampung hiris... perghhhh tetiba je teringat balik, rasa2 macam nak hirup je semangkuk sup panas tu. He he he... Korang kalau ada lebih2 tulang atau daging tu boleh la buat jugak, try camana rasanya.

Btw, trimas pada yang sudi kongsikan resepi. Saya dah copy di bawah untuk rujukan akan datang...


RESEPI SUP GEAR-BOX/SUP TULANG (CARA KE 2)
Tulang gear-box/tulang rusuk lembu
Bawang merah besar 1 labu  **
Bawang puteh 5 ulas **
Halia muda 3 inci **
Rempah 4 sekawan: buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
Rempah sup adabi 1 paket
Garam secukup rasa
Bawang goreng
Cili api(jika suka)
Daun sup
Perahan asam limau nipis

Cara membuatnya:
Rebus tulang sehingga empuk (saya rebus menggunakan rice-cooker selama 1 setengah jam, alhamdulillah sempurna empuknya)
Blend bahan2 bertanda ** lalu ditumis, diikuti pula dengan rempah 4 sekawan.
Bila dah masak cantik, masukkan pula rempah sup adabi...kaup balikkan biar sebati dengan bahan tumisan tadi.  Masak lagi biar agak garing (mesti selalu dikacau2 supaya masaknya serata dan tidak hangit)
Bila dah agak2 garing, bolehlah dituangkan tumisan  ke dalam periuk rebusan tulang.
Biarkan mesra kesemuanya, perasakan dengan garam secukup rasa.
Semasa menghidang bolehlah ditaburkan bawang goreng, hirisan cili api,daun sup dan perahan air asam limau nipis.
Sedap dihidangkan panas2.... 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

9 comments:

  1. Fulamak..mesti sedap ni kan cheq sue..alahai,rasa terliur pula..

    ReplyDelete
  2. Giloooosss saya dibuatnya kalau jumpa sup tulang ni Cheq Sue weeiiii!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan gilooooosss sangat Kak Amie... susah nak ngubatnya nanti. Aritu ada jugak tengok sup tudang gaya Kak Amie, nanti nak cuba la

      Delete
  3. ALAMAK..TEWAS
    TERINGAT SUP DAGING AYAH BUAT, HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhhh... kalau hasil tangan ayah mesti yang terbaikk kan Irfa...

      Delete
  4. Nak tanya...bahan tumis masuk selepas daging empuk ke...masukkan terus

    ReplyDelete
  5. Dah cuba...terbaik boh πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ™‚πŸ˜

    ReplyDelete
  6. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]