PAGES

Wednesday, October 1, 2014

Bergedil Kentang & Biskut Krim Kraker

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang penggemar ubi kentang. Masaklah dengan cara apa sekalipun, bentuk macam mana pun saya suka. Begitu juga dengan bergedil ni. Mula2 makan masa belajar di Johor Bharu. Kalau kat Kelantan mana nak dapat dish yang macam ni. Non hado okeh.


Minggu lepas saya buat agak banyak, untuk difrozenkan. Pendek kata hari2 jugaklah makan bergedilnya. Kali ni saya tak riki resepi pun, cuba2 sendiri dari pengalaman lepas. Yang saya noted nak goreng tu gunakan minyak sedikit je untuk mengelakkan ianya pecah @ berderai. Tahu2 sajalah dapur orang bujang di hujung2 bulan stok barang tak ada. Jadi saya guna sajalah apa yang ada.






Kebetulan ada 5 peket biskut krim kraker yang dah lama tak berusik, jadi saya hancurkan sekali masuk dalam tu. Rasa sedap jugak lemak2 biskut dengan ubi kentang. Resepi ni cara bajet ya, jadi tak ada bahan2 high value di dalamnya. Tengok bawang kat rumah dah keluarkan pucuk, saya mayang halus dan masukkan saja. Gitu kekdahnya...

Untuk resepi saya senaraikan bahan2 sahaja, macam biasa kuantitinya tu as creative you are lah...

BERGEDIL UBI KENTANG & BISKUT KRIM KRAKER
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Ubi kentang - goreng
Kiub ikan bilis
Bawang besar - mayang
Daun bawang - mayang halus
Telur - pukul sikit
Biskut krim kraker
Sedikit tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :
Tumbuk kentang yang telah digoreng bersama kiub ikan bilis
Gaulkan bersama bawang dan daun bawang
Setelah rata masukkan tepung gandum (kalau ada telur boleh masukkan sikit, tapi saya tak ada stok, tinggal untuk celup masa nak goreng je)
Ramaskan biskut krim kraker ke dalam adunan, gaul rata
Kepal, bulat2kan dan leperkan adunan
Celup dalam telur dan goreng

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. kalau keluar lunch ada bergedil, mesti ambik.

    ReplyDelete
  2. saya suka makan begedil ni..tapi, susah nak jumpa di sini..nak buat, malas pula..heheh..

    ReplyDelete
  3. raya haji selalunyer dana rajin bt begedil kak, sbb nyer banyak dpt daging hheheheh....
    ok gk tu good idea kak, blh try pasni

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]