PAGES

Thursday, October 16, 2014

Cek Mek Molek Street Art, Machang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya tercapai juga hasrat untuk ke street art yang terdapat di Bandar Machang. Saya tak pasti dari blog mana saya baca pasal street art ni. Tapi sebagai seorang yang sukakan seni, yang minat dengan lukisan2, saya sangat teruja untuk melihat dengan mata sendiri. Machang ni sebenarnya bukan bandar saya, dan saya sendiri tidak biasa sangat dengan jalan2nya. Saban minggu saya balik kampung, tak ada geng nak ke sini sehinggalah sebelum Aidiladha lalu saya berkesempatan datang bersama adik saya. Kebetulan juga bawa balik kamera jadi puas hati sikitlah nak bergambar.

Nak sampai ke sini dua kali pusing jugaklah. Letaknya di belakang Zon Ria lama, di Jalan Cek Mek Molek sebab itulah dinamakan sebegitu. Jom kita tengok2 gambar, saya kongsikan sedikit sahaja, kalau nak tengok lagi kenalah Cuti-Cuti Malaysia ke sini... Tak pun boleh riki blog adik saya...






Menjamu mata dulu. Warna yang terang pastinya menarik sesiapa sahaja untuk mengambil gambar di sini. Hasil idea kreatif budak2 UITM Machang dan juga pelajar SMK Sains Machang.


Jejak tuan tanah. Checked okeh. Keluar dari sangkar kekdahnya. Nampak sangat yang ambik gambo ni tak pro sesangat...



Saya suka gambar itik geometri tu. Siap ada bunyi lagi. Quack quack quack..


Bunga reflesia yang sangat cantik. Warnanya terang, kena pulak bila digabungkan dengan akar hidup tu


Selain dari lukisan2 biasa, ada banyak juga lukisan yang bermotif, yang mempunyai kesan positif. Contohnya seperti gambar ni yang memupuk masyarakat untuk mengawal / membanteras aedes.


Wok Yoh dan Pak Dogol, ikonik wayang kulit Kelantan.


Suka gambar ni. Lipstiknya terang you!!


Tong sampah yang kreatif, tapi dah dirosakkan oleh tangan2 gatal yang tak reti duduk diam. Menyampah betul la kan...


Dekat 15 minit menembak kat sini, dah pun selesai. Patutnya boleh lepak lagi lama tapi ada urusan di Tanah Merah. Nantilah lain kali kita singgah lagi...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. ada tempat utk org nk tunjuk bakat seni..takdelah nak conteng2 dinding lagi...heheh

    ReplyDelete
  2. cantik.... skrg dh banyak dh kan kawasan bangunan2 lama yg di jadikan art street gini, cantik2 lukisan itu... artistik betul, kalu takde yg tgn2 gatal menconteng2 msti boleh tahan lama mcm kt penang tuh

    ReplyDelete
  3. ciksu ni tempat kak ros dilahirkan dan dibesarkan..rumah pun tak jauh dari market tu.. jalan kaki je...sekarang mak dah pindah kekawasan perumahan jalan ke tanah merah..kak ros sendiri belum tengok art street ni..

    ReplyDelete
  4. dah ade street art kt machang?nie mesti budak uitm yg buat..hehehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]