PAGES

Friday, October 17, 2014

Koleksi Manik Pada Tudung #1

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sekadar perkongsian salah satu minat dan keghairahan saya terhadap jahitan manik. Saya bukanlah reti sangat nak memanik, tapi saya minat. Kebanyakan manik yang saya jahit ni adalah berdasarkan contoh. Bila ada rujukan senang sikit saya nak jahit. Kadang2 bila jahit sendiri ni nampak sangat huduh hasil kejadiannya. Untuk manik yang saya jahit sendiri ni, saya lebih suka menjahitnya lebih panjang berbanding ukuran yang dibeli. Iyalah, manik sendiri, jahit sendiri, ikut suka hati sendiri la....

Untuk pattern pulak saya hanya buat secara jahit jelujur sahaja dan susunan manik tu pandai2 sendiri. Cuma kita kena guna manik / kristal yang bersinar dan terang barulah kelihatan cantik.





Ini antara dua yang saya jahit tanpa contoh. Main cucuk je jarum dengan manik sampai saya rasa tak cantik. Sudahnya yang kat tepi kiri tu saya bukak semula jahitannya dan jahit yang lain.


Ini pun yang saya jahit tanpa rujukan. Tapi pada pandangan sendiri nampak macam cantik pulak. Mungkin penggunaan manik dan susunannya yang tidak bercelaru membuatkan manik dan tudung tu "kena"


Ini pun saya letak suka hati saja. Yang pada kain kelabu tu nampak tak "naik" sangat warnanya kerana manik yang suram. Yang pink tu pulak hanya saya jelujur, ni konsep nak habiskan manik biru tu. Yang berjurai dibahagian bawah agak panjang sampai ada kawan tegur.... Mu buat zikir ke...


Yang purple tu saya cuba tiru contoh tapi tak berapa menjadi. Konsepnya masih jahitan jelujur cuma benang tu dimasukkan ke dalam manik pink. Untuk tudung merah tu pulak saya tak puas hati sangat, hanya susun manik sama seperti tudung kat atas. Tengah dok fikir ni nak buka semula atau tak. Mmmmmm.... Rasa2 macam nak bukak dan jahit lain je..


Ini pun hasil manik yang ditiru. Masih guna konsep jelujur cuma ianya dipatahkan ke belakang, maksudnya jahit ke belakang dan bawa ke depan untuk buat dia jadi silang. Yang kelabu tu satu layer manakala yang merah2 sikit kat tepi tu saya cuba buat dua layer. Ini adalah hujung tudung pattern butterfly.


Ini pulak manik bahagian keliling. Oh ya, yang dah ada manik keliling ni saya tak buat dah la manik hujung sebab taknak nampak sarat sangat. Nanti orang kata OVER pulak. Untuk tutorial jahit manik ni boleh rujuk sini dan sini...

Korang, ada tak nak share pasal manik2 ni, laman web rujukan ataupun contoh sendiri... jangan lupa tulis kat sini ya. Boleh sama2 tengok.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. sukanya tengok hasil kerja tangan cheq sue..bila dah selalu mejahit pasti hasilnya akan lebih cantik..cheq sue memang rajin dan kreatif..

    ReplyDelete
  2. rajin akak.... dana kan nk jht manik kt shawl sndiri mmg tak dan, asik jhtkan kt orgnyer tudung je...

    pasni akak jht pakai kristal lah kak... donut kristal msti lg lawo n bersinar2...

    ReplyDelete
  3. Donut kristal cmana gruponya dana...cu citer cu citer...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]