PAGES

Friday, November 14, 2014

Aiskrim Asam Boi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aisekerim asam boi ni terhasil dek sebab dok teringat2 terkenang2 akan aisekerim asam boi yang dibeli semasa ke kilang arang di Kuala Sepetang. Masa makan tu, memang maveless la tambah2 pulak kepala tengah sakit dan hari sedang hujan.



Kebetulan masa balik saya ada beli bekas aisekerim kat kedai dua ringgit, jadi memang sedang eloklah nak mencuba. Saya tak pernah buat aisekerim guna bekas macam ni, kalau dalam plastik panjang tu biasa dah. Kali ni bukan taknak buat dalam plastik, tapi bila buat dalam bekas ni nampak kelassss la sikit. Tak gitu???

Cara nak buat aisekerim ni memang senang sangat. Hanya rendam asam boi dan gula (ikut manis) di dalam air panas. Agak2 dah kembang dan keluar segala perisanya bolehlah dimasukkan ke dalam bekas dan dibekukan dalam peti sejuk. Pastu boleh la dimakan nyummmm nyummmmm...


Nah, inilah aisekerim yang terhasil. Nampak sangat amatur bila aisekerimnya senget benget sebab batangnya terkena dengan asam boi yang agak kembang bila direndam dalam air. Walaupun tak sama 100% dengan aisekerim asam boi di Kuala Sepetang tu, jadilah untuk kembali merasainya yang hampir2 sama...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]