PAGES

Saturday, November 15, 2014

Trip Kem Bersepadu '14 - Pusat Eko Pelajaran, Kuala Sepetang #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selesai senaman pagi, pelajar terus dibawa ke Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang dengan menggunakan bas (2 trip). Sarapan pun di PEPKS kerana mengejar masa. Saya sebenarnya dah pernah lalu di kawasan ni tapi tak sempat nak singgah masuk. Agak teruja jugaklah nak tengok apa yang ada.



Signboard yang wajib diambil. Sempat snap dari dalam kereta.



Encik Roslan bawa makanan pelajar. Memasing kerumun sebab dah lapar.

 

Bebudak yang pantang dengan kamera cikgu... Menu sarapan kami adalah mee goreng


Kawan baik kita memang banyak kat sini. Tambah2 bila ada bau makanan. Cepat je depa datang tanpa diundang. Dok CH tak pernah nampak ni... ala2 jakunis sikit


Nak berkenalan? Semua belum kahwin lagi ni... Jangankan budak2, kita pun pantang jumpa kamera kan....

Pada pendapat saya, pengalaman ke PEPKS ni memang sangat2 banyak. Selain dapat melihat pokok2 bakau yang ada, kita juga dapat menambah pengetahuan. Selain boleh bagi pendedahan alam sekitar pada budak2... ianya sangat sesuai untuk riadah keluarga. Jangan lupa singgah...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]