PAGES

Sunday, November 9, 2014

Belenggu #4 ~ Pagi...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Pagi minggu…
Gary terjaga lebih awal daripada biasa. Badannya terasa lenguh. Dia memusingkan badan ke kiri dan ke kanan.
Prupp! Prapp!
Ah…lega rasanya.
Dia ke dapur, mencari sesuatu dalam peti sejuk. Kemudian setin Coke tergenggam di tangan kirinya. Di tangannya sebiji epal hijau. Itulah breakfast hariannya…simple! Gary menuju ke bawah. Laman yang lapang di tepi kolam  menjadi tumpuannya. Villa dua tingkat itu sunyi dan sepi. Dia keseorangan di situ. Mama dan papanya sibuk berniaga di Singapura.
Ah…boring betul.
Gary berlari-lari anak kemudian pumping.
Argh…
Jiwanya menjerit.



Dia menapak ke kamarnya dan mencapai tuala lalu bergegas ke bilik mandi. Assignment banyak yang belum siap. Kekusutan hatinya bertambah.
Selesai mandi, gary mengenakan singlet biru dan jeans lusuh. Hi-fi dipasang dan set CD dimasukkan. Berkumandanglah irama alternatif dalam villa itu. Gary mengangguk-anggukkan kepalanya mengikut tempo muzik yang dimainkan, Come Out And Play…Offspring. Lagu itu memang menjadi favouritenya. Relex!!
Dalam pada itu tangan Gary lincah menulis sesuatu dalam bahan assignmentnya. Lama dia berteleku di situ.
Kring…kring…
Telefon berbunyi minta diangkat.
Alamak! Pengacau betul.
Gary mengeluh.
“Hello siapa tu?”
“Aku…Dydy. Hey, kenapa kau tak pergi lunch dengan aku ha?” Bentaknya keras. Marah.
Gary ketawa kecil. Gaya seorang romeo.
“Hoi kau dengar tak?” Bentaknya lagi.
“Dengar.” Kata Gary. Slow. Masih ketawa.
Dydy terus membebel. Macam mak nenek. Gary sabar. Lagipun ini bukanlah kali pertama dia hadapi situasi ini. Everytime!
“Aku boringlah Dydy. Banyak kerja ni. Kalau kau nak marah aku, lain kali saja. Bye.”
Belum sempat Dydy menjawab, Gary cepat-cepat gagang telefon berwarna purple itu. Dia kembali menulis assignmentnya. Than, dia mengenakan T-shirt BUM dan menyambar bandana hitam. Dia bersiap dan menuju ke rumah Riki. Hajatnya ingin mengajak Riki ke bank. Duit pun dah susut.
“Makcik, Riki ada?”
“Oh Gary. Riki? Ada. Masuklah dulu. Nanti makcik panggilkan.”
Gary mengangguk. Sebentar kemudian Riki keluar. Mereka bercakap tentang sesuatu. Riki masuk ke dalam dan keluar dengan pakaian baru.
“Riki pergi dulu mak.”
Puan Zaidah menggeleng kepala melihatkan keakraban dua pemuda itu. Dia tersenyum. Lagak seorang ibu yang baik.
Kunci dimasukkan. Starter ditekan dan tali minyak dipulas. Sebentar kemudian, jentera berkuasa tinggi itu menderum pergi.
Di bandaraya…
Gary mengenakan kaca mata hitam Rayban, gaya anak muda masa kini. Dua jejaka itu menuju ke pusat membeli-belah Playboy. Cadangnya mahu membeli jeans dan denim. Riki menurut ke mana Gary pergi. Ke timur Gary ke timurlah Riki. Ke barat Gary ke baratlah Riki. Setianya dia…
Sedang dia sibuk memilih jeans, tiba-tiba matanya melirik kepada seorang gadis.
Eh rasa macam kenal. Betullah! Gadis yang hari tu…yang pakai kebaya merah hitam tu…
“Riki, mari ikut aku.” Dia mula melangkah.
Riki yang tidak tahu apa-apa itu termangu-mangu. Gadis yang berkebaya biru sedang memilih tali pinggang.
Hai…perempuan pun pakai barangan Playboy ke?
Gary makin hampir. Riki hilang entah ke mana.
“Hai.” Sapanya lembut.
“Hai.” Ringkas jawapannya. Dia tidak memandang Gary tapi kemudiannya mendongak. Agaknya dia mula terperasankan wajah itu.
Gary menghulurkan tangan. Mengumpan.
“Saya Gary.”
“Ummi Alia Marleesa.”
Tangan saling bertaut. Agak lama tangan Ummi Alia Marleesa digenggamnya. Lembut.
Kemudian Gary ke A&W. Tentunya bersama si gadis. Mereka duduk berhadapan. Gary memesan Big McBurger dan kentang goreng. Si gadis meminta fresh orange. Dia lebih sukakan Coke.
“Minta maaf pasal hari tu. I tak sengaja.”
“Okay. Hmm…apa patut I panggil you?”
“Terpulanglah.”
“Alia, boleh?”
Si  gadis cuma tersenyum manja dan menggoda. Mereka terus berbual. Gary tambah syok tanpa ingat pada Riki.  Makin lama bersama Alia, makin terdesak hatinya supaya memiliki si gadis.
Yes…I can do it.
Keindahan bersama Beth diharap dapat berulang kembali bersama Alia, gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya yang selama ini terkunci rapat.
 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. alahai bile nk sambung nih kak... x sbr nk baca sampai abis
    tak sangka dana... akak penulis novel jgk...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]