PAGES

Monday, November 10, 2014

Orkid Ekor Kucing

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pernah tak dengar nama orkid ekor kucing ni? Unik kan. Orkid ni sebenarnya ada di rumah saya, hasil tangan sejuk My Mek yang tanam dah lama jugak ni, sampai dah beberapa kali bertukar bekas tanaman, dulu2 tanam dalam sabut sekarang ni tanam dalam pasu pulak.



Pasu2 yang cantik tergantung. Pokok2 pun sangat subur. Medium tanaman hanya pasir biasa dan dicampur dengan sabut hancur (yang dihancurkan sendiri). Dari segi penjagaan tak pasti pulak My Mek bubuh baja apa. Alkisahnya My Cek yang bawa balik dulu, masa musim2 orang dok sibuk cari pokok tanduk rusa. Cara nak tanamnya pun mudah sangat, hanya guna pokok yang telah matang dan cucukkan ke dalam medium.


Dari segi morfologi pokok, saya tak berapa pasti pulak akan bahagiannya. Mungkin yang berjurai ke bawah itu dikatakan bunga, manakala bahagian atas yang berupa seperti lipan tu dipanggil daun. Pokok ni tak ada bau apa2...hanya sekadar tarikan pandangan mata.


Bahagian yang berjurai ke bawah ni, selalu la jadi mangsa mainan bebudak, yang mana ianya dipatah2kan dan dibaling ala2 bunga rampai gitu.

Orkid ni memang sesuai nak dijadikan tumbuhan hiasan, kalau tak ada kerja tu boleh belek2 buang rumput ke apa. Errr, kalau tmpat korang, pokok ni dipanggil apa ya???

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. Cantiknya..wana baru penah dengar dan tengok..nama dan rupa pun unik

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]