PAGES

Tuesday, November 11, 2014

Jagung Hiris Rebus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Inilah cara merebus jagung untuk memudahkan kita makan. Sangat2 praktikal pada saya, kerana jika tidak habis dimakan begitu sahaja, boleh disimpan untuk dijadikan bubur. Ataupun letak saja dalam freezer dan ready digunakan anytime. Tapi nak makan tu tak ada cabaran la, hanya guna sudu sahaja... Kelasssss kau jah!


Untuk merebus jagung cara macam ni memang tersangatlah senang. Hanya kopek kulitnya dan basuh terlebih dahulu sebelum dihiris. Kalau kita hiris dulu baru dibasuh, nanti dia punya kanji dan rasa manis akan hilang. Gitulah seperti yang dipesan oleh My Mek.

Untuk merebusnya pula, kita rebus cara biasa sehingga jagung empuk. Masukkan sedikit garam dan gula jika suka. Jika menggunakan jagung manis takyah la taruk gula nanti tak rasa jagungnya. Boleh jugak masukkan daun pandan untuk bau lebih wangi tapi saya tak masukkan sebab tak ada di rumah. Bila dah masak, terpulanglah kalau nak berair basah2 sikit ataupun kering. Haaa, saya masukkan sikit marjerin untuk dapatkan rasa masin berlemak.

Korang nanti kalau ada lebih2 jagung boleh la cuba!

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Oh... memang sedap ni. Kalau dah letak butter tuang sikit susu cair pun sedap...

    ReplyDelete
  2. kalau letak honey sikit pun sedap jugak...erm tetiba teringin nak makan corn in cup pulak :)

    ReplyDelete
  3. mkn panas2 mmg sedap betul lah kak... terangkat gitu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]