PAGES

Tuesday, November 4, 2014

Cik Inspektor Kadet Polis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Namaste inspektor sahabbbb....

Mula2 nak gelak dulu sebelum citer... Kalau tuan puan nak tahu, yang sebenarnya saya dari dulu cita2nya nak jadi poklis. Hu hu hu. Biar betik weh? Memang, serius saya nak jadi polis. Masa dok UPM, saya dah hampir nak daftar untuk PALAPES tapi masa tu ketinggian tak mengizinkan. Maka tersimpanlah segala cita2 dan keinginan untuk menyarung pakaian seragam di lubuk hati yang paling dalam. Ewahhhh...


Pastu di sekolah saya jadik guru penasihat kadet polis, dapat kain free untuk buat uniform. Pucuk dicita ulam mendatang, memang i loike sesangat lah.



Amacam? Ada gaya polis tak? Sila abaikan ketinggian tingkap tu ya, yang menyebabkan saya nampak rendah sikit. Baju ni baru je siap ambil dari tailor (28.10.14), pakai 29.10.14. Punya la semangat nak pakai. Baju ni saya jahit di Rome Tailor Ipoh, upah jahit RM150 + aksesori RM110. Boleh tahan kan? Beli pulak tudung RM10 (satu2nya warna blue black yang dapat jumpa di TESCO) dengan kasut RM70. Nah cepat kira berapa kos semuanya..


Kengkawan semangat nak bergambar dengan inspektor. Ha ha ha... Nmampak nau saya yang rendah...


Yang lain pun nak tumpang jugak. Depa ni memang takleh jumpa orang tengah nak gambar, memang termasuklah... Cikgu yang pakai uniform satu lagi tu kan nampak smart.... macam saya laaaa... Apapun pengalaman pertama memakai uniform ni sangatlah mengujakan, sampai sukar saya nak cerita. Cuma tengok gambar dah mencerminkan bagaimana rasanya. 

#ifeelgood!

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Dapat bergaya ala2 polis pun dah cukup kak.... :)

    ReplyDelete
  2. Sama ler kite sis. Saya dulu pun bercita cita sangat nak jadi polis.. Tapi ketinggian tidak mengizinkan.. 😂

    ReplyDelete
  3. Hi Cikgu. Nak tanya sikit boleh? Saya guru baru kadet polis dan minat sangat untuk memakai full uniform. Boleh Cikgu sharekan mana saya boleh dapatkan kain kadet polis?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]