PAGES

Wednesday, November 5, 2014

Kek Minyak Kukus Bertukar Jadi Apam Minyak Kukus....

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila dok kampung, saya biasanya masak apa yang My Mek dan My Cek suka. Diorang ni tipikal orang kampung, jadi makanan yang ala2 moden ni memang tak dapat sambutan. Contohnya kalau kek, jangan harap la diorang nak makan cheesecake meleleh atau RVC atau rainbow kek... yang menjadi pilihan tentunya kek yang simple seperti kek butter atau kek pisang.




Jadi dok sesaje tu saya cuba buat kek minyak, yang tengah laris di pasaran sekarang ni. Kalau kek gini saya fikir laku la kat rumah sebab x la rumit macam kek zaman sekarang. Kek minyak ni macam old fashion ala2 tradisional sikit khan... jangan marah ya Kak Fida!

Godek2 satu adunan, confirm je masuk dalam kukusan. Bila bukak je, nampak la macam bukit bukau, aiiii dah terfikir memang tak jadik dah ni. Tapi saya kukus jugak sampai masak. Bila keluarkan dari loyang, sah2 tak jadi kek sebab langsung tak berupa kek. Walaupun camtu, nampak macam bantat tapi teksturnya masih lembut.

Bila My Mek tengok, tetiba je dia suruh adik mesin nyior hidup. Bila tanya nak buat apa, katanya nak makan dengan kuih tu la. Huk alohhhh, dia ingat saya buat apam agaknya. Bila makan, eh macam sedap je, macam kena pulak kek tak jadi dengan nyior. Alhamdulillah... walaupun tak dimakan sebagai kek, tapi habis dimakan sebagai apam. Bijak tak????

Apapun, saya memang nak cuba buat lagi... mana tahu dapat hasil yang lebih baik kan...



RESEPI KEK MINYAK KUKUS
Resepi : kak fida 

1 cawan susu segar (210g)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri (300g)
3/4 cawan susu pekat manis (200g)
1/2 cawan gula halus (60g)
1 cawan minyak masak
4 biji telur - A
1 sk esen vanilla

Masukkan kesemua bahan yang lain ikut urutan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati.
Ayak tepung ke dalam mangkuk.
Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung dan whisk hingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas kertas. Tutup loyang dengan alum. foil. Kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.
**Adunan boleh dibahagi dua dan bubuh serbuk koko pada satu bahagian.
**Atau dibahagi kepada beberapa bahagian, warnakan dan ditambah perasa ikut suka.
Kek juga boleh dibakar...
 
 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]