PAGES

Wednesday, November 19, 2014

Ikan Bawal Emas Masak Asam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lauk hujung minggu, di saat kepala rasa kosong.. blur tak tahu nak masak apa. Search Google, jumpa resepi ni. Masakan yang ringkas dan pastinya menyelerakan. Kalau diikutkan saya sebenarnya nak buat something yang pedas2 manja dengan ikan ni... macam masam manis ke, masak merah ke, tapi macam renyah nak sediakan cili... jadi buat yang simple2 sudahlah... gunakan je bahan2 yang ada kat dapur





Saya buat separuh ikan je, dan masukkan sekali dengan sayur yang ada (hanya terung dan tomato) sebab takyah masak sayur dah lepas tu. Bila ikan ni masak terus boleh makan. Saya ni makan mesti nak ada sayur... kalau tak macam tak cukup sesuatu... bila dah humban semua dalam koli tu senang sikit masak sekali harung je.

Rugi tau kalau sape yang taknak try ikan masak asam ni. Boleh guna ikan kembung atau ikan lain yang sesuai. Masak yang simple tapi puashati sampai licin nasi dalam pinggan. Cuba lah... ekk


Ikan Masak Asam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
4 ekor ikan kembung - ikan lain pun sedap juga
1 biji bawang besar - dihiris2
2 ulas bawang putih - dihiris2
1 biji cili merah ( klu nak pedas, guna cili padi ) - dibelah2 @ dihiris2
1 cawan air asam  jawa
sedikit garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
sedikit lada hitam yang ditumbuk

Cara memasak :
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam, serbuk kunyit dan lada sulah dan goreng, angkat dan  toskan.
Lebihan minyak goreng ikan, cedok minyak untuk disimpan dan tinggal untuk ditumis ajerk. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga wangi dan masukkan air asam jawa (pandai2 agak yerk asam jawa tu supaya tak masam sangat kuah tu ), biarkan mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ikan bilis, kacau sebati dan rasakan, boleh tambah lagi bahan2 untuk seimbangkan rasa tu dan bila ok, masukkan ikan goreng tadi dan serbuk lada hitam, kacau, biarkan seketika dan boleh diangkat.

 
 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

7 comments:

  1. Mencari telor sotong , ketam lembut, udang lipan, telor ikan tuna , ayam pandan 2 perisa 1. hot & spicy 2. saty & siput buloh / pepahat belum pernah rase cube beli dulu pasti tidak akan menyesal
    berminat boleh pm/whtsap sy di
    012-6323635/ 017-2710304
    stok sangat limited kerana terlalu banyak permintaan
    jika berminat untuk menjadi sub- agent di kawasan anda blh pm/whtsp sy
    012-6323635 / 017-2710304

    ReplyDelete
  2. cheq use, tgk pun dah telan air liur ni...

    ReplyDelete
  3. kecur liur tengok menu cheq sue ni..alahai..nak buat malas pula..hihi

    ReplyDelete
  4. alamak menarik ni ...lieya selalu beli bawal emas...selalu buat masak pindang jek...nanti leh laa try resepi ni.....

    ReplyDelete
  5. Salam cheq sue.. sedapnyer bawal.. tun pernah try resepi kak mas nih, senang n cepat nk masak. tun pun jenis kalau blh masukkn sayur, mmg masuk sekali sayur dlm lauk tu spy xyah masak lain.. hehe

    ReplyDelete
  6. Kecur mulut tgk gambar....
    Masam2 lagu ni mesti sedap...
    Ada masa nak try... thanks for the recipe :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]