PAGES

Tuesday, November 18, 2014

Laksa Utara

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Teringin betul nak makan laksa. Dekat CH ni sebenarnya tak banyak pilihan makanan yang ada, mungkin kalau area Brinchang atau Tanah Rata mungkin ada, tapi kalau dekat Kampung Raja ni pilihannya adalah buat sendiri di rumah. Mujur jugak masih ada laksa kampung kering, ikan yang dibawa dari rumah pun masih ada, jadi ting tong sana sini, maka di satu petang yang aman damai terhasillah laksa utara hasil pencarian di Google.




Saya sebenarnya saja nak cuba laksa utara ni, asyik2 buat laksa penang dan laksa syok sendiri. Saya pun tak pasti apa bezanya laksa utara ni dengan laksa penang, cuma bila makan tu ada la rasa macam beza sikit, tapi sikit sangat aje pun. Oleh sebab laksa saya ni tak cukup bahan, memang la tak rasa kick sangat bila makan. Ulam2 tak ada, mujur jugak ada kobis, kira halal la hiris halus2 untuk makan dengan laksa. Nak jadikan cerita pulak, telur pun takdak, yang ada hanya telur itik... haaaaa kau ada? Mampu ke makan telur itik rebus dengan laksa? He  he he...

Satu habit saya bila makan laksa ni adalah saya suka campurkan dengan kicap. Eh tak tahulah ini memang gaya orang utara makan ataupun tebiat saya. Bila dimasukkan kicap, rasanya memang lain sikit, memang kena gandingannya pedas2 masam dengan kicap lemak manis Cap Kipas Udang. Korang pernah tak makan laksa dengan kicap?

Apapun TQ pada iresepi atas perkongsian resepi laksa utara ni.


LAKSA UTARA
Sumber : iresepi

Bahan-Bahan:
1 bungkus laksa beras
1 kg ikan kembung
1 sudu besar belacan
2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
1 ikat daun kesum
4 keping asam keping
gula dan garam, secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:
10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
50g ikan bilis, rendam seketika
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan:
5 biji telur, direbus
2 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang timun, hiris nipis
Limau nipis, di potong
1 ikat daun selom
cili padi, hiris nipis

Cara Penyediaan:
Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.

Tips:
Pastikan ikan kembung adalah segar untuk mendapat kuah laksa yang benar-benar enak.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

8 comments:

  1. suka jugak mkn ngan kicap.. selalu mkn dgn otak udang kalau kat kedai..hii

    ReplyDelete
  2. wana x pernah lagi makan laksa dengan kicap..hihi

    ReplyDelete
  3. Akak tak pernah makan dgn kicap cheq shue .. sedap ye :)

    ReplyDelete
  4. laaaa, buh kicap ke cheq sue. heheh. btw terliur plok tgk

    ReplyDelete
  5. anak kaknoor suka makan apa pun dgn kicap termasuk laksa ni, tapi kaknoor belum pernah lagi sedap ke cheqsuu

    ReplyDelete
  6. ttp nampak menyelerakan kak.... tp mkn laksa ngn kicap mmg tak pnh bt lg hehehe....

    ReplyDelete
  7. Cheq sue, org kedah suka mkn laksa dgn kicap..husben yana dgn family dia mmg slalu mkn mcm tu..mula2 kawin dulu rs pelik gak tp skg dh biasa klu mkn laksa meme wajib ltk kicap..lg kick depa habaq hihii..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]