PAGES

Thursday, November 6, 2014

Lada Kampung Kelantan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kenapa dinamakan lada kampung Kelantan? Tak ada ke lada ni kat negeri lain? Entahlah, saya pun tak tahu. Tapi sebelum tu just nak maklum, kalau kat Kelantan kami panggil lada, tak panggil cili. Lada kering, lada burung, lada hidup (cili segar)... jadi jangan terkonpius pulak ya. Lada dan cili kan sama je maksudnya... Errr, kat tempat korang panggil apa ye lada ni? Mungkin lain tempat lain panggilannya ya...





Lada kampung ni My Mek yang tanam, ada di sebelah rumah aje pun. Hanya masukkan tanah dalam guni beras dan masukkan anak benih. Sekarang rasanya di kebanyakan rumah kat kampung tu ada tanam lada ni. Penanaman dan penjagaan lada ni sangat la murah, tambah2 dengan cuaca yang panas, kalau musim hujan tu bunganya senang nak luruh.


Pokok ni agak tinggi jugak, separas pinggang saya yang rendah. Nampak kurus je, nama pun lada kampung. Walaupun kurus tapi pokoknya kuat.


Pokok ni berbuah lebat, warna buahnya kutih krim dan buahnya menghala ke atas. Dari segi penggunaan lada ni sangat sesuai dijadikan pemedas dalam air asam ataupun budu. Kalau nak buat sambal pun boleh jugak, cuma ianya ada bau sedikit maung. Kawan karib cili ni pulak adalah asam kiya.... kalau ada dua2 benda ni memang makan tak hengat laaa....

Saya kalau guna sebiji dua aje, kalau kena yang pedas memang berapi lah.


Dalam banyak2 buah yang ada, hanya sebiji ni aje kaler lain, agak keorenan sikit sebab dah hampir masak. Biasanya tak dan masak pun, asal nampak kuning2 sikit terus je petik, terus 'kenyek' dalam budu....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

7 comments:

  1. kalu makan nasi x kenyek lada dale budu meme x sah!

    ReplyDelete
  2. Eh... kakak panggil cili padi putih. Rumah kampung kakak pun ada tau tapi kampung kakak di Johor sini. So panggil cili putih Johorlah hahaha....

    ReplyDelete
  3. bestnya tengok orang tanam lada menjadi... kita tanam berbuah sekali terus kiok... sedey

    ReplyDelete
  4. kalau letak dalam budu tu memang terbaek la :)

    ReplyDelete
  5. kt kampung dana kt johor nun pun biasa ada cili nih kak, kalu cili api mmg buahnyer akan tegak ke atas, kalu cili besar menunduk ke bwh sbb berat kan...

    tp cili kampung yg comei2 pendek2 dia nyer pedas perkhh terangkat

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]