PAGES

Wednesday, November 26, 2014

UPSR 2014 : Tahniah Mirza Ayuni, Nur Aisyah & Amani Najihah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Keputusan UPSR diumumkan pagi tadi. Setelah menempuh kontroversi semasa pelaksanaan peperiksaan, akhirnya yang ditunggu2 sudah tiba. Saya sebenarnya agak kebingungan. Bukan apa, ingatkan keputusan keluar esok (27 November) tapi bila tengok tv, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sedang membuat sidang akhbar tentang pancapaian UPSR tahun ini bebanding tahun lepas, barulah saya ingat. Hari Rabu, hari penentuan rupanya.

[Mata bengkak, air mata gembira]



Anak saudara sulung saya, Mirza Ayuni mengambil UPSR tahun ini. Alhamdulillah, dia mendapat 5A seperti yang diinginkan. Tahniah Kakak, makcik tumpang berbangga. Makcik dulu dapat 2A aje... -_- 
Saya pernah baca buku catatan sekolah dia, dan saya sangat terharu apabila dia menuliskan doa agar Allah mempermudahkan jalannya untuk mendapat 5A. Moga pencapaian ini akan membuka ruang lebih luas untuk Kakak menimba ilmu seterusnya... Ini hanya permulaan, banyak lagi langkah dan laluan berliku yang perlu kakak tempuhi untuk berjaya hingga ke peringkat tertinggi.

Ala tomey....

Begitu juga dengan Kakak Aisyah anak kepada Kak Rini yang mendapat 5A. Tahniah juga untuk Kakak. Dapat 5A bermakna dapat wang anugerah kecemerlangan yang tak kurang banyaknya dari pihak sekolah. Anak sulung Kak Rini dan Abe Man pastinya sangat gembira kerana mencapai hasrat sendiri dan hasrat umi dan ayahnya juga. Cheq Sue ingat lagi kata2 kakak yang mahukan tab sekiranya dapat 5A. Mmmmmm lepas ni dah boleh mintak dengan umi la....

Sorang lagi, sepupu saya Amani Najihah mendapat 4A 1B... jangan sedih kakak walaupun tak dapat 5A, ingat ini hanya ujian sahaja. In Sha Allah kakak akan mencapai kejayaan lebih lagi dalam peperiksaan akan datang sekiranya berusaha lebih gigih dan tekun. Yang penting kena redha dengan keputusan itu dan menetapkan sasaran lebih lagi selepas ini.

Pada semua yang ambil UPSR, yang dah tahu keputusannya saya ucapkan tahniah di atas kejayaan masing2. Mana yang tak berjaya tu jangan sedih, jangan berduka, ini bukanlah penentu segalanya. Yang penting buat lebih baik di dalam peperiksaan akan datang nanti. In Sha Allah...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. Alhamdulilah tahiah bt mereka..
    mereka telah berusaha semoga kejayaan tersebut kekalkan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah...anak buah i pun dpt 4a 1b..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]