PAGES

Thursday, November 27, 2014

Biskut Samperit Susu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya nak cuba samperit susu ni masa raya lepas, tapi tak terbuat sebab rasa dah banyak sangat buat biskut. Jadi dok pending2 sehinggalah baru2 ni tak ada buat apa, saya cuba buat biskut ni. Bila Google resepi, dah ramai yang buat biskut ni dan kebanyakannya menggunakan resepi yang dimodified oleh Zack.





Saya buat ikut sukatan yang diberi, dapat tak berapa banyak tapi puas jugak la makan. Cuma saya gunakan tepung jagung biasa je, guna lebih sikit dari sukatan yag diberi. Nak guna cap rama2 tu tak ada pulak jual kat sini. Memang puas hati dengan kejadian biskut ni. Rasa pun agak berbeza dengan samperit yang biasa kita dok buat tu. Walaupun teksturnya agak keras sikit, tapi ianya cair di mulut.

Lepas dah paip adunan, saya biarkan dulu seperti yang disarankan. Memang sebelum ni pun kalau buat samperit saya biarkan dulu sebelum dibakar, baru bentuknya kekal dan bunganya tak jatuh. Hasil kali ni memang superb la sebab bentuknya tak lari langsung. Apa taknya, hampir sejam setengah saya biarkan sebelum dibakar. Bukan apa... hampir lupa weh!!

Kawan saya yang makan biskut ni siap minta resepi, katanya sedap yang ni pada yang biasa. Nampakkkkk... korang yang belum cuba tu silalah rajinkan diri. TQ pada tuan punya resepi dan juga ZZ.


BISKUT SAMPERIT SUSU
Sumber Asal : Farah Saleh (FB)
Sumber : Zack Zachoes

Bahan:
125g susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230g tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) -  resepi asal 600g. Ku guna 230g, just nice untuk picit dalam acuan
***See NOTE below
 
Cara:
  1. Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu (ku guna whisk telur je). 
  2. Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
  3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience, 230g just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300g tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung.
  4. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
NOTE:
  1. Ku guna susu  pekat manis F&N. Boleh guna susu pekat manis jenama lain.
  2. Ku guna lepa susu jenis yang taklah mahal sangat. Memadai butter yang sedap dimakan dan baunya wangi. Kualiti butter pun penting dalam buat biskut ni sebab takde perasa yang menonjol (contohnya esen vanila). Boleh guna pure butter kalau mahu (ku tak guna sebab tak suka biskut yang terlampau berlemak).
  3. Ku guna tepung jagung dalam tin jenama Brown and Polson (cap butterfly). Guna tepung jagung yang berkualiti untuk dapat maksimum rasa. Jenis murah is not a wise decision, takut rasanya efek nanti.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. sedap kan cheq sue semperit susu ni..wana pun suka makan..:)

    ReplyDelete
  2. ayie xkisah semperit ap pon..
    asal semperit shje mgadap jer stu balang pon bolh habis..

    ReplyDelete
  3. Salam cheq sue.. Ooo. tun xtau pon kalau nk bentuk dia kekal biarkn dulu sblm bakar. mmg cantik bentuk biskut cheq sue nih.. nx time nk biar lama2 sket baru bakar jugak.

    ReplyDelete
  4. Salam. Nk tnye, mana nk dpt tepung jagung brown and polson cap butterfly tu?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]