PAGES

Wednesday, December 10, 2014

Belenggu #11 ~ Alia...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Alia merenung wajahnya di cermin. Dia bertuah kerana dikurniakan raut muka yang cantik dan menarik. Tangannya membuka kotak muzik yang dihadiahkan oleh Wan pada harijadinya yang lalu.
Muzik yang romantik berkumandang perlahan. Dengan serta-merta wajah Wan melayang di birai matanya. Tiba-tiba dia jadi rindu. Lantas dia ke bawah dan menelefon Wan.



Lama dia menunggu…
“Mustahil Wan tiada di rumah.”
Dia menunggu lagi…penuh harap.
Dalam pada itu dia terpandangkan wayar telefon yang berjuraian. Rupanya ia telah dipotong! Alia mendengus marah.
“Papa!” Jeritnya di dalam hati.
Alia kemudian berlari ke biliknya. Datuk Quzair memang sudah melampau. Alia merancang satu perkara sulit. Dia membuka almari baju dan menyelongkar laci. Sepasang denim biru dan T-shirt putih dicapai dan pakaian itu lantas disarungnya. Kemudian dia mengeluarkan kamera, pisau, Coke, jajan dan beberapa peralatan yang lain.  Kesemua bahan itu dimasukkannya ke dalam beg galas.
Dia mencapai topi di dinding dan memakainya. Rambut paras bahunya diselitkan ke dalam topi membuatkan dia kelihatan seperti lelaki. Memang! Kalau boleh dia mahu kelihatan seperti lelaki supaya rancangannya berjalan lancar. Alia menggalas beg dan melangkah keluar.
Alamak… lupa pulak!
Porch hitam dicapai dan dipakainya di pinggang.
“Mama, papa, Leesa nak keluar.” Ucap Alia kepada mama dan papanya yang sedang makan tengah hari.
“Ke mana? Dengan siapa?” Papanya menyoal.
“Ke Desaru dengan Farouk.” Jawabnya. Namun sememangnya dia telah menipu.
“Dengan Farouk? Kenapa dia tak jemput?” Papanya menyoal lagi. Dia memandang Datin Syabillah seraya senyum dan mengangguk.
“Farouk tunggu di simpang jalan. Lagipun kawannya ikut serta. Kami mungkin balik malam nanti. Mama, boleh Leesa gunakan kereta?” Ucapnya dalam nada gementar.
Mamanya cuma mengangguk sedang mulutnya masih mengunyah nasi. Alia kelegaan.
“Terima kasih mama, papa. Leesa pergi dulu.” Dia melangkah ke pintu.
“Leesa!”
Langkahnya terhenti. Matanya terpejam dan hatinya berdegup kencang. Dia memalingkan muka. Suspen!!!
“Ada apa papa?”
“Bawa kereta baik-baik ya.”
Fuh… sekali lagi Alia bernafas kelegaan.
Nak keluar rumah pun susah…
Garaj yang mengisi kereta sport merah dibuka. Dia memasang kunci dan memasukkan gear lantas kereta itu menderum pergi.
Tangannya menggenggam kamera.
“Parah kau malam ni Farouk. Aku akan membuktikan segala-galanya pada mama dan papa.”

Ikhwan mengarahkan Harley Davidsonnya ke Jalan Raja Lama. Mungkin si Farouk telah menunggunya. Perhitungan akan dibuat bersama Farouk. Kali ini Alia yang menjadi sandaran. Ikwan memang pantang dicabar. Farouk meminta dia datang ke tempat itu seorang diri. Sebagai anak jantan dia akur. Lagipun tiada apa yang hendak ditakutkan. Terdengar derum enjin kereta milik Farouk. Nyata dia menepati janji.
Farouk berdiri di sisi keretanya dan berhadapan dengan Ikhwan. Sebatang rokok dihisapnya. Dia mempelawa Ikhwan. Dengan baik lelaki itu menolak.
“Kau tentu tahu kenapa aku mengajak kau ke sini bukan?” Farouk memulakan.
“Sudah terang lagi bersuluh.farouk, aku tahu kau lelaki hebat. Tapi kau cuma hebat dengan harta dan rupa kau saja. Kau tak pernah bersyukur dengan kelebihan yang kau ada.”
Yes!! Yes!! Itu aku tahu. Aku cuma ingin kau jauhkan diri dari Leesa, itu sahaja. She’s mine! She is my girl.”
“Kau tunang dia, itu aku tahu. Tapi adalah Leesa pernah membenarkan kata-kata itu?”
Farouk Isqandar terdiam
“Itu aku belum pasti tapi aku tahu kami pasti akan bahagia. Aku sayangkan dia. Tolonglah aku…”
“Sayang? Sayang konon. Selama ni mana hilangnya rasa sayang kau tu? Berapa orang gadis JB ni yang telah kau nodai tanpa perikemanusiaan? Sekarang baru kau rasa sayang? Dah lama aku biarkan kau Farouk. Dulu kau yang merampas Elizabeth daripada aku. Kau takkan tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Sekarang aku takkan biarkan kau merampas kebahagiaan aku sekali lagi.”
Farouk Isqandar mendengus marah. Rahsianya terbocor.
“Itu dulu. Sekarang ni aku dah berubah.”
“Ok. Kita tunggu dan  lihat. Ingat, the best men win. Kau jangan salahkan sesiapa sekiranya Leesa memilih aku.”
Farouk tersentak. Dia ingin mencapai pisau di dalam blazernya.
“Kau jangan main kotor Farouk. Kalau aku nak aku pun boleh lakukannya tapi biarlah kita bersikap gentleman.”
Ikhwan menderu pergi. Dia puas hati kerana dapat menundukkan Farouk.
Sementara itu, Farouk merasa tercabar dengan apa yang Ikhwan katakan. Segera dia ke You & Me Disco and Pub untuk melegakan perasaannya yang tertekan.
Dalam pada itu juga, Alia masih lagi di jalanan dalam keretanya untuk mencari Farouk. Sudah hampir tiga jam dia memburu Farouk tapi masih hampa. Sedang matanya melilau ke sana sini, tiba-tiba dia ternampak Citreon Farouk tersadai di hadapan You & Me Disco and Pub. Tidak lama kemudian dia ternampak Farouk keluar lalu dia segera memfokuskan kameranya. Dua keping gambar diambil. Nampaknya dia bernasib baik. Langkahnya di atur mengikut jejak Farouk.
Ini ke bakal  tunang aku?
Dia turut merasa malu melihatkan kelakuan Farouk di dalam disko itu. Beberapa  keping gambar diambil lagi.
Kali ini Alia bersyukur kerana dengan gambar-gambar yang ada ini sudah pastinya akan membuka mata mama dan papa yang selama ini memandang di luarannya sahaja…kaca yang disangka permata.
Tiba-tiba Alia merasakan kemenangan berada di pihaknya…
 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]