PAGES

Thursday, December 11, 2014

Belenggu #12 ~ Ikhwan...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Ikhwan sedang berada di klinik Dr Faris Afzar, kenalan papanya. Kebetulan hari itu pelanggan agak ramai, jadi dia terpaksa menunggu. Dia bingung memikirkan apakah penyakit yang di deritainya.
“Muhammad Ikhwan Hafiz?”
Kedengaran namanya dipanggil. Dia mengatur langkah ke bilik rawatan.



“Gary? Silakan duduk.”
“Uncle Faris, panggil saja saya Wan.”
Dr Faris menganggukkan kepala.
“Ikhwan Hafiz… sedap nama tu. So apa masalah Wan? Apa yang uncle boleh bantu?”
“Entahlah uncle. Kepala saya selalu sakit-sakit. Kadang-kadang hampir dua tiga jam.”
Dr Faris menganggukkan kepalanya sekali lagi. Dia menjalankan pemeriksaan ke atas Ikhwan. Kemudia dia membawa Ikhwan ke bilik x-ray.
“Apa penyakit saya uncle?” Soal Ikhwan tidak sabar.
“Tenang Wan. Uncle harap Wan dapat menerima apa yang akan uncle beritahu ini. Sebenarnya Wan mengidap barah otak. Uncle nasihatkan Wan agar jangan banyak berfikir. Penyakit Wan ni sudah berada pada tahap serius. Kenapa sekarang baru datang?” Dengan tenang Dr Faris menerangkan.
Ikhwan tersentak.
Barah otak???
Dia terbayangkan Alia.
You sure uncle? Ini perkara hidup dan mati saya.”
Uncle tak pernah berbohong kepada pesakit uncle. Ini adalah salinan x-ray yang dilakukan tadi. Dan ini adalah surat pengesahan dari uncle. Uncle harap Wan tabah dan jangan berputus asa untuk meneruskan hidup.”
“Terima kasih uncle.”
Lemah balasan Ikhwan. Dia mencapai sampul surat besar berwarna kuning dan bersalaman dengan Dr Faris. Matanya berkaca.

Oh Tuhan, sungguh berat dugaanmu terhadapku. Namun aku pasrah menerima hakikat ini. Ya, aku harus menerimanya dengan tabah…

Terbayang di matanya wajah insan-insan yang tersayang. Tanpa disedari, setitis dua mutiara mengalir di pipinya…
 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]