PAGES

Sunday, December 21, 2014

Belenggu #15 ~ Alia...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Alia memandu keretanya ke sekitar pasaraya yang selalu dikunjungi bersama Ikhwan. Namun dia merasa hampa. Sudah beberapa hari dia mencari Ikhwan namun tidak berjumpa. Rindunya kian mencengkam di dada.
Alia termenung di kusyen keretanya. Dia mengeluh.
Ke mana kau menghilang Wan?



Tiba-tiba dia teringatkan Riki. Segera dia membuka purse dan cuba mencari nombor telefon lelaki itu.
“Hello, boleh bercakap dengan Riki?”
“Hello. Ya, Riki bercakap. Siapa ni?”
“Miss Alia.”
“Ada apa yang boleh saya tolong?”
“You ada nampak Ikhwan tak?”
“Ikhwan? I jumpa dia minggu lepas. Dia minta I sampaikan sesuatu untuk you. You kat mana ni?”
“Galeri Show Down.”
“You tunggu di situ sekejap lagi I datang.”
Alia menunggu penuh harap dan debar. Jam ditangannya dilihat beberapa kali.
“Hai…” Satu suara menyapanya.
Alia berpaling. Riki di belakangnya tersenyum.
“Bagaimana Ikhwan sekarang? You tahu dia di mana?” Alia tidak sabar.
Riki serba salah. Nampaknya dia terpaksa menipu.
“Dia ok.”
“Macam mana? I dah kontek dia tapi tak dapat. Dia ke mana?”
“Dia ada cakap nak ke Singapura. I tak tahu sebab apa dan mengapa tapi dia minta I sampaikan ni pada you.”
Sampul surat merah jambu dihulurkan. Ia berada di tangan Alia sekarang.
“So, I pergi dulu.”
Riki melangkah pergi, mungkin tidak mahu bersoal jawab lebih lanjut dengan Alia.
Alia merenung sampul merah jambu itu. Dia tewas. Matanya mula berkaca. Dengan segera isinya dibuka..

Dear Alia yang manis…
Sesungguhnya aku amat menyenangi dan menyayangimu. Sungguh, aku tidak berbohong. Aku tahu kau juga begitu, kan! Namun apalah dayaku kiranya kasih yang kita bina tidak kesampaian. Jangan kau menganggap aku curang. Tidak sanggup rasanya aku menyakiti hatimu apatah lagi untuk curang padamu…
Alia sayang…
Sesungguhnya dari awal perkenalan kita lagi aku pernah berangan-angan ingin menjadikan dikau suriku. Mungkin harapan itu terlalu tinggi. Tapi tidak mengapa, setelah berkenalan denganmu dan mengenali Islam, aku mulai tahu bahawa setiap yang berlaku  adalah ujian dariNya.
Jadi aku terpaksa pasrah dan berharap kau juga akan tabah menghadapi hakikat ini. Segala impian kita takkan tercapai. Kau tahu sebabnya? Ya… kerana aku mengidap barah otak!!!

Alia menelan air liur. Mutiara jernih mula menuruni pipinya kembali. Dia mengeluh dan memejamkan matanya. Mencari kekuatan. Lembaran putih itu diselaknya kembali…

Tiada siapa yang dapat mengubah takdir hidupku ini. Tapi aku bersyukur kerana dipertemukan dengan Islam sebelum aku berundur.
Alia cintaku…
Maaf ku pinta kerana terpaksa meluahkan perasaan ini melalui coretan. Maaf sekali lagi. Sudilah kiranya kau tahu bahawa aku ini amat menyayangimu. Tidak sanggup aku menjadikan dirimu seorang yang murung. Rasanya tidak ingin aku tunjukkan diriku kepadamu kerana sudah pasti kita berdua akan tertewas. Tabahlah menerima hakikat ini sayangku. Janganlah terlalu bersedih.  Ini akan menyendatkan dadaku dan aku akan merasa bersalah seumur hidup terhadapmu… bersalah kerana menyebabkan kau menangis.

Alia menyeka air mata yang berjuraian di pipi.

Sesungguhnya banyak yang ingin ku katakan di sini namun semuanya tidak terucap kerana gelodak rasa ini masih mendak di tasik perasaan.
Kekasihku sayang…
Tiada apa yang ingin ku katakan di sini namun sebelum mata ini terpejam, berjanjilah dengan nama Allah kau tidak akan bersedih dan tidak akan menurut perasaan. Tiada apa yang dapat mengubah sebuah cinta kecuali kesetiaan…
Sebelum pergi terimalah daripadaku yang pernah menyayangimu…
‘Cinta adalah satu pendakian. Semakin tinggi semakin kuat keinginannya untuk ke puncak. Namun bila sudah sampai ke destinasi, akhirnya terpaksa turun juga…’
Assalamualaikum…

Salam rindu,
Ikhwan

Alia merenung surat yang telah habis dibacanya. Ruangan matanya terasa gelap. Dia ingin menangis, menjerit sekuat hatinya agar semua orang mengetahui betapa sayangnya dia kepada kekasihnya.
Namun dia terpaksa menerima hakikat dan dugaan cinta itu. Sesungguhnya dia tidak menyangka begitu akhirnya cinta mereka.
Mengapa kau terlalu berahsia Wan?
 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]