PAGES

Saturday, December 20, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : KL - Incheon, Seoul #3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Nampaknya sesi update mengupdate ni agak slow di penghujung 2014. Barangkali kerana banjir yang melanda, menyebabkan line tenet macam kura2... ataupun psikologi dalam kepala yang agak tak menentu sekarang ini. Apapun, saya cuba kerana bimbang segala maklumat yang masih tersisa hilang begitu sahaja. #skemasiotttt


Penerbangan ke Seoul adalah menggunakan Air Asia X D7506 yang berlepas dari KLIA2 pada jam 1.15 pagi 8 Disember 2014. Sebelum tu dari Ampang saya dan kawan ke TBS dan naik bas JETSTAR ke KLIA2 pukul 8 malam, tiket harga RM10. Pertama kali menjejak kaki di KLIA2, memang nyata la bagai yang semua orang kata, besar gedabak weh.... Masa nak ke tempat menunggu tu, kecoh jugak bila ada artis K-Pop yang nak balik Korea. Nampak la depan mata, fikir2 apa ke kumpulan ni, macam tak pernah tengok tapi ramai jugak dekat situ yang dok bertempik oppa.... oppa... oppa... Rupa2nya kumpulan Topp Dogg. Kau  kenal??? He he he...


Cerita tentang penerbangan kali ini, agak tak berapa nak selesa sebab dapat seat nombor 51... bayangkanlah ya kengkawan, seat di hujung dunia. Dekat tandas pulak tu. Bising enjin... orang dok bukak tutup pintu kecik, anak kapal dok prepare meal... semua tu menyebabkan saya tak dapat nak melelapkan mata meskipun ngatok sesangat rasanya. Pastu dalam flight kali ni tak semua lampu dipadamkan, memang kena pulak tu betul2 dengan mata saya. Adehhhhh rasa macam nak lempang je diri sendiri.

Lagi satu saya rasa penerbangan ni jugak tak berapa smooth, pesawat banyak kali bergegar, memang boleh rasa sampai dalam perut, tak tahulah sebab cuaca atau sebab dok di hujung pesawat. Pastu rasa macam pakcik pilot tu bawak laju je. Ke hanya perasaan saja? Whatever, dok berdoalah sepanjang masa agar semuanya selamat. Dalam tidur tak tidur tu, akhirnya dalam pukul 6.30 waktu Malaysia, pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Incheon, Seoul, Korea Selatan! Alhamdulillah.. Pendaratan pulak sangat smooth.. dan tahu tak apa yang menyambut kedatangan kami semua? 


SALJI!!!!

Walaupun yang tertinggal hanya salji yang telah turun semalam, tapi cukup untuk membuat saya (terutamanya) teruja. Pertama kali melihat salji... Subhanallah memang takjub sekali. Di sekitar lapangan terbang, di atas pesawat dan di laluan landasan memutih dengan salji... jakun weh! Dalam keadaan mamai baru turun pesawat, tak terfikir nak snap gambar bebanyak. Kepala takleh nak fikir lagi masa tu. Cuma dok berharap agar nanti dapat tengok lagi salji di mana-mana.

Pekerja tengah bersihkan salji di laluan jalan kaki.

Selesai urusan di airport, dah ambik luggage semua kali menunggu semua ahli jemaah berkumpul. Semuanya seramai 48 orang, ada baby, kanak2 dan yang tak berapa nak kanak2 lagi. Agak besar jugak group kali ni. Kami menggunakan dua bas untuk bergerak di sana. Keluar saja dari airport, suhu -4 menyapa, dan tentunya sejuk hingga ke tulang hitam. Tambah pulak masa tu hanya pakai sweater, long john, sarung tangan dengan winter coat belum pakai lagi. Rasa macam dok dalam peti ais... Berasap....


Inilah guide kami. Andy. Apa ke nama Koreanya entah. Nanti saya update kendian kalau jumpa. Macam jugak Korean yang lain, cakapnya rilek saja... xde nak kecoh atau tinggi2 suara. Itu yang saya suka....

Rombongan kami terus saja ke destinasi pertama. Mata mengantuk tapi sayang nak lepas pemandangan Seoul yang sekian lama saya ingin jejaki. Maka layan perasaan sahaja sehingga tiba ke..... Mana? 

Tunggu......

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. Kena check in awal. Kalau tak dapat sit hujung dekat tandas.

    ReplyDelete
  2. Aku dapat seat hujung ah haritu. Saja je AirAsia tau. Terpaksa beli seat sebab memang tau azab yang menanti kalau duk hujung tu.

    ReplyDelete
  3. bestnya g korea..musim salji plak..hurmm..bila la kt nk dpt rezeki nk ke sana huhuuu ^__^

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]