PAGES

Thursday, December 18, 2014

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Machang - TBS, KL #2

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Siapa yang terlibat banjir di Kelantan sekarang? Saya semalam dalam perjalanan balik dari KB nyaris2 sangkut di Machang. Laluan dekat kampung pun hampir2 tak boleh lalu. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat.

Jadi saya teruskan pulak dengan penceritaan trip baru2 ni. Perjalanan The Frozen Trip bermula 6 Disember, tapi masa tu belum frozen lagi sebab cuaca masih hangat panas membara di Malaysia. He he he... Kalau diikutkan saya nak drive je ke KL tapi fikir2 sorang diri pulak, jadi yang paling senang saya beli je tiket bas ekspress perjalanan waktu siang. Kalau waktu malam ni saya tak berapa sikit sebab berperasaan takut. Sampai pepagi di KL tu macam seram sikit la. Saya memilih bas Mutiara dengan kadar tambang dewasa RM 44 dan naik di Machang.




Masa dok CH saya dah ada terdengar berita mengatakan yang semua perjalanan bas ekspress dari Pantai Timur akan berakhir di TBS, bukan lagi di Hentian Putra seperti sebelumnya. Sejujurnya saya kata, saya belum pernah lagi menjejak kaki ke TBS dan berita perpindahan ini sedikit sebanyak membuatkan saya cuak untuk  pertama kali berusan di situ. Apapun, terima ianya sebagai satu cabaran...

Alhamdulillah selamat sampai dalam lingkungan pukul 6 di TBS. Lepak sana dulu jap, tengok mana tempat nak tunggu bas balik nanti. Bila tengok ada balai berlepas, ruang menunggu.... eh eh eh rasanya macam ada kemajuan sikit la. Rasa lebih tersusun dan selesa berbanding Hentian Putra dulu. Ada terpampang jadual ketibaan dan perjalanan bas ekspress ke semua destinasi yang akan memudahkan pengguna untuk mendapat maklumat. Pada laluan nak ke balai berlepas tu ada dikawal oleh polis dan hanya penumpang yang dibenarkan turun. Memang kelassss la bagi saya. 

Bila dah jumpa kawan saya, terus saja tinggalka TBS untuk lepak di Ampang pula....


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

5 comments:

  1. plan nak balik klate xmas nnti tp ma kata x payah lah balik, takut sangkut tengah jalan, huhu

    TBS dah macam mini KLIA org kata

    ReplyDelete
  2. banjir teruk ni..camna nak balik mggu depan ni..huhu

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan sahabat sahabat mangsa banjir di Pantai Timur.

    jumpa blog u travel2 ni.. saya nak la travel mcm u

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  4. ada dapat gambar di wat se up..kawan dari kelantan..kereta dan rumah tenggelam..mmg teruk banjir kali nih

    TBS dah seperti KLIA tau skrg..kemas kemas dan teratur

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]